Mahathir International Airport? ... Setuju!!

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) memberikan satu idea bernas hari ini apabila mencadangkan agar nama KLIA ditukarkan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Mahathir. Alasannya, KLIA adalah ilham bekas PM itu.

Wah, walaupun Mubarak dianggotai oleh bekas2 wakil rakyat yang dah pencen atau yang sudah tidak layak jadi wakil rakyat tetapi sempat juga melontarkan idea yang cukup bernas ini.

Sebenarnya nama Tun Mahathir layak diabadikan di mana-mana projek mega ilhamnya yang menjadi mercu tanda kebanggaan negara. Kalau bukan KLIA, mungkin juga menara berkembar Petronas, jambatan Pulau Pinang, Putrajaya, Cyberjaya, jambatan bengkok (Ops..! itupun kalau Najib ada niat nak sambung balik projek yang dibatalkan Pak Lah itu), apa lagi....

Pendek kata aku bersetuju sangatlah nama KLIA ditukarkan kepada nama Mahathir atau kalau di bahasa Inggeriskan menjadi "Mahathir International Airport". Macam juga nama2 airport lain di dunia, menggunakan nama tokoh2 pemimpin mereka. "John F. Kennedy Airport" di AS misalnya.

Tapi mahukah Pak Lah mengabadikan nama Mahathir di mana2 mercu tanda yang dibina oleh bekas PM ini? Aku rasa selagi Pak Lah ada dalam kerajaan selagi itulah ia tidak akan menjadi kenyataan. Bukan setakat mengabadi nama Mahathir, sebut namanya saja macam sakit gegendang telinganya. Itulah elerginya Pak Lah terhadap Tun Mahathir.

Kalau Najib dah jadi PM nanti aku tak tahulah. Mungkin beliau boleh pertimbangkannya tetapi kenalah tunggu Tun meninggal dunia dahulu. Sebabnya seingat aku dahulu ada larangan mengabadikan nama seseorang tokoh atau pemimpin pada nama jalan atau bangunan selagi mereka masih hidup.

Jadi sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam kemewahan dan kesenangan hasil kebijaksanaan Tun Dr. Mahathir Mohamad, aku secara peribadi menyambut baik idea Mubarak itu!

Tapi patut ke Pak Lah dilantik menjadi Menteri Kanan selepas beliau lepaskan jawatan kepada Najib nanti seperti mana dicadangkan oleh seorang wakil rakyat?? ... TTTIIIIIDDDAAAAAAKKKK!!!

Post a Comment

9 Comments

  1. MAHATHIR INTERNATIONAL AIRPORT.. SETUJU..
    NO MENTERI KANAN PAK LAH.. KALAU TUN OKAY..

    ReplyDelete
  2. Aku tak setuju - khususnsya ketika Pembangkang tengah mengamuk macam lembu gila - habis semuanya tak setuju dan janganlah nama Tun di maki hamun sekadar cadangan tersebut.

    Nama baru KLIA itu wajar disimpan untuk seseorang yang lebih maksum di Malaysia ni.

    Paklah sebagai Menteri Kanan - tentu pembangkang setuju, macam lembu pawah.

    ReplyDelete
  3. Itu antara cadanan terbodoh utk TDM. Apa rasionalnya takat naka airport utk TDM dan Menteri Kanan kpd Pak Lah? Kita lebih perlukan otak TDM untuk terus memacu kemajuan dan ekonomi negara. Otak Pak Lah untuk apa? Jika senagai PM tidak mampu majukan negara buat apa nak lantik menteri kanan? Bagi lah Pak Lah namakan namanya sempena nama bas stand kelang dan TDM yang dilantik sebagai menteri kanan. Itu pun kita tak tau baca? Huh! Bodos!! bodos!!

    ReplyDelete
  4. Kluangman: KLIA naktunggu manusia maksum di malaysia sape? Anwar sondol ke? (saje melawak)..

    Datuk Aziz Seri Gading tu saja nak bodek Pak lah suruh cepat-cepat turun takhta je tu,,, biar pak lah perasan ,,orang akan lantik beliau jadi menteri kanan. Padahal semua YB BN menyampah tengok beliau kecuali menantu ku sayang yang sedang kepanasan sekarang ni,,,

    saya amat bersetuju MIA dinamakan ganti KLIA,, Bila najib jadi PM nanti boleh lah beri gelaran pada Pak Lah kita iaitu "Muzium UMNO sanDollah Badawi" sempena memperingati jasa Pak lah memberi 4 negeri kepda pembangkang masa pru12.

    ReplyDelete
  5. Tok Guru Nik Aziz tu maksum. Boleh kut!
    'TOK GURU NIK AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT'

    ReplyDelete
  6. Mahathir International Airport - Ya

    Pak Lah Meteri Kanan - Tidaaaaaaaaak!

    ReplyDelete
  7. Pada akulah...bubuh aje apa yang mahathir buat dulu tu pada nama Mahathir...kemudian 20 tahun nanti..anak cucu kita akan buat siasatan dan baru dapat tahu...ooo..tile ni anak siapa yang supply, mirror ni...anak siapa yang supply...ooo...patutla anak beranak dia kaya...

    ReplyDelete
  8. aku tak setuju. kalau nak tukar nama KLIA lebih baik gunakan Sepang International Airport. sebab benda tu kat sepang bukan kat kl. Lebih afdal. kalau letak nama mahathir nanti riak pulak dia. tuhan tak suka. lagipun bukan duit mahathir buat airport tu. sama la jugak ngan putrajaya. duit rakyat malaysia oiii.

    ReplyDelete
  9. wakakaka....nk tukar mahathir international Airport???...
    kalau KLCC pulak boleh tukar jadik Mahathir Kuala Lumpur Centre (MKLC).hahahahahahaha.........

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.