Mat Said dan Mercedez

Kecoh satu Malaya apabila berita tentang kerajaan Terengganu nak beli Mercedez Benz bernilai berjuta2 ringgit untuk ganti kereta rasmi Perdana, seperti yang dilaporkan dalam paper beberapa hari lalu.

Bila ia dihebohkan oleh Utusan Malaysia, maka bersuaralah Mat Said (MB Terengganu) bahawa ia bagi "menjimatkan kos" kerana kos penyelenggaraan Perdana selama ini terlalu tinggi sehingga (khabarnya) mencapai RM50,000 dalam tempoh beberapa bulan.

Satu persoalan yang timbul ialah bagaimana kos penyelenggaraan kereta rasmi MB, Speaker, Exco, ADUN dan pegawai2 kanan kerajaan itu terlalu tinggi? Oh, mungkin kerana kereta buatan Proton tak tahan lama, tak macam Mercedez Benz... Kena lasak sikit, rosak... kena lasak sikit rosak. Jadi kalau Mercedez ini lasak sikit pun orait jugalah. Lagipun ini kereta kerajaan bayar, gasak jeh lah.

Tapi tertanya juga, kalau inilah (lasak dan gasak) sebabnya menjadi punca kereta rasmi kerajaan Terengganu sebelum ini "rosak teruk" sehingga kos penyelenggaraan menjadi tinggi, maka aku percaya berilah kereta apapun waimma kereta kebal pun boleh lunyai dibuatnya.

Lagipun dalam istilah pakai kereta ni, termasuk kereta persendirian, jangka hayat paling afdal ialah lima tahun. Sebab itu di Jepun, kereta lepas 5 tahun tak boleh pakai dah, kena export ke Malaysia jadikan kereta "re-corn". Jadi, kalau Perdana dah lebih 5 tahun, elok benarlah tukarnya. Lagipun, pilihan raya pun 5 tahun sekali. Sesuai dah...

Cuma tertanya juga lagi, tak boleh ke Perdana tukar ke Perdana. Kenapa perlu Mercedez Benz? Emm... mungkin sesuai dengan status negeri Terengganu yang kaya dengan minyak. Jadi, tak kanlah MB Terengganu, negeri kaya dengan minyak setanding dengan MB Perlis yang tak ada hasil bumi itu.

Lagipun, anggaplah ia sebagai hadiah kemenangan BN di Terengganu masa gelombang tsunami politik pada PRU-12 lepas kerana BN Terengganu masih utuh tatkala negeri2 lain seperti Selangor, Perak, Kedah, Penang dan WP Kuala Lumpur jatuh ke tangan pembangkang.

Aku tertarik dengan kenyataan seorang penduduk Terengganu (yang ditemubual oleh TV3 dan disiarkan Buletin Utama sebentar tadi) katanya, "bukan tak boleh pakai Mercedez tetapi tidak kena pada masanya". Maklum sekarang semua orang nak berjimat cermat, malah Pak Lah pun suruh rakyat berjimat cermat, tetapi kerajaan Terengganu boleh beli Mercedez... bukan satu tapi setiap satu.

Kalaupun Mat Said mencongak2 bahawa harga Mercedez lebih murah berbanding nak servis Perdana, tetapi kalau dilihat di mata kasar rakyat marhain tentulah pakai Mercedez melambangkan kekayaan seseorang. Mana ada orang pendapatan sederhana pakai Mercedez melainkan menang loteri. Kalau Perdana tu, adalah... kurang2 second-hand!

Itulah gamaknya perasaan kalangan pembesar negeri Terengganu yang sebelum ini heboh pasal tuntutan royalti minyak. Jangan sampai nanti rakyat membuat kesimpulan bahawa duit royalti minyak digunakan untuk membeli Mercedez walaupun (kata Mat Said) tidak.

Bagi aku, nak pakai Mercedez pakailah. Sebagai pembesar negeri mereka boleh memakai Mercedez tetapi belilah dengan duit sendiri dan jadikannya kereta persendirian. Kalau nak servis atau isi minyak pun pakai duit sendiri, bukan duit kerajaan yang dikutip dari hasil cukai yang dikenakan ke atas rakyat.

Bayangkan duit sebanyak itu (RM3 juta ++) kalau tidak digunakan untuk membeli kereta mewah itu, ia boleh digunakan untuk membetulkan jalan yang berlubang, menaik taraf jambatan atau lain2 projek untuk rakyat.

Post a Comment

0 Comments