Apabila peralihan kuasa jadi amalan

UTUSAN ONLINE, 4 OGOS 2008:
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Tan Sri Rafidah Aziz mengumumkan akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO pada pertengahan tahun depan.
``Saya akan serahkan jawatan ini kepada Naib Ketua, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil,"
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Wanita UMNO Bersama Pemimpin yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.


MESIN TAIP BURUK:
1. Nampaknya amalan peralihan kuasa dengan menyerahkan tampuk kekuasaan kepada seseorang yang mereka inginkan semakin menjadi2 di dalam UMNO. Selepas Pak Lah umum peralihan kuasa kepada Najib pada Jun 2010, Rafidah pun berbuat perkara sama, menyerahkan jawatannya kepada Shahrizat pertengahan tahun depan.

2. Kalau inilah amalan UMNO, nampaknya tiada lagi sistem demokrasi dalam parti Melayu terbesar ini. Ini kerana tindakan seperti ini akan menghalang orang lain untuk menduduki jawatan tersebut melalui sistem undian (yang lebih adil dan saksama) kerana semuanya telah ditetapkan oleh pemimpin masa kini.

3. Aku faham, kaedah ini digunakan oleh UMNO untuk mengelak berlakunya pertandingan pada pemilihan Disember ini. Bagi aku biarlah wujud pertandingan kerana ia menyuburkan sistem demokrasi.. Kenapa harus menghalang pihak lain untuk bertanding? Kalau sekadar untuk berkhidmat selama tempoh tertentu, kenapa tidak mengundur diri sahaja dari sekarang dan membenarkan jawatan yang dikosongkan itu ditandingi?

4. Alasan untuk tidak mahu melihat perpecahan di dalam UMNO merupakan jawapan klise atau alasan lazim yang digunakan. Bagi aku Rafidah sepatutnya tidak perlu bertanding lagi pada PAU Disember ini jika hanya mahu berkhidmat dalam tempoh enam bulan sahaja (Disember - pertengahan 2009), lebih baik diserahkan sahaja jawatan itu Disember ini. Biarkan Shahrizat meneruskan perjuangan Wanita dan jika ada calon2 lain yang dicadangkan oleh akar umbi, biarkan. Biarkan ada pertandingan dan lihat siapa yang mendapat sokongan paling ramai.

5. Apakah amalan peralihan kuasa seperti ini akan menjadi dasar UMNO pada masa depan? Jika benar, bermakna UMNO tidak perlu lagi mewujudkan sistem pemilihan di peringkat cawangan, bahagian sehingga ke majlis tertinggi. Pemimpin2 semua peringkat boleh memilih "kader" masing2 dan seluruh akar umbi dipaksa untuk menerima pemimpin baru mereka.

6. Dan selepas ini ibu pejabat UMNO perlu membuat pindaan Perlembagaan iaitu "semua ketua, timbalan, naib dan ahli2 jawatankuasa dari peringkat cawangan, bahagian dan majlis tertinggi akan DILANTIK oleh pemimpin semasa dan semua jawatan itu tidak lagi dipertandingkan". Apakah itu yang dimahukan oleh UMNO? Sudah pasti tidak.

7. Adalah amat mengecewakan jika amalan penyerahan kuasa seperti ini diamalkan di dalam UMNO. Aku sebagai orang Melayu menyeru kepada UMNO agar kembalikanlah demokrasi di dalam parti dan suburkanlah kerana jawatan di dalam parti bukan untuk diwarisi kepada saudara, sahabat atau rakan tetapi kepada mereka yang berwibawa dan dipilih secara majoriti oleh ahli2 di peringkat akar umbi.

Post a Comment

0 Comments