Hentikan promosi Anwar di media

Seorang rakan telah menghantar satu SMS kepada aku pagi ini. Isi mesejnya dia mahukan supaya media-media arus perdana tidak lagi menyiarkan laporan berita tentang Anwar Ibrahim dan PKR. Ini kerana katanya, media menjadi bodoh sebab menyiarkan berita seorang pembohong dan isu-isu murahan yang dijaja oleh Anwar. Lebih baik media laporkan tentang kerja2 yang telah dilakukan oleh pemimpin2 BN. Itulah intipati SMS rakan aku itu, pagi tadi.

Aku memang menyokong pandangan rakan aku ini sebab nampaknya sejak sekian lama Anwar seolah-olah diberikan ruang untuk mempromosikan diri, mempopularkan diri di dalam media-media tempatan termasuk Utusan dan TV3. Malah debat yang diadakan dengan Shabery Cheek dulu pun telah memberikan "political milage" kepada Anwar.

Sebenarnya itulah yang diinginkan oleh Anwar yang sememangnya licik dalam hal-hal seperti ini. Beliau sengaja mencetuskan isu-isu sensasi walaupun dengan cara berbohong semata-mata untuk mempopularkan diri selain usaha untuk menggugat kekuatan BN. Setiap kali beliau mencetuskan isu, setiap kali itu juga laporannya disiarkan di media dan setiap kali itu juga beliau mendapat publisiti dan promosi. Jadi, beliau tidak perlulah keluarkan ringgit untuk membeli iklan di media untuk menjaja dirinya.

Oleh sebab itulah, aku menyokong cadangan supaya media "lupakan" Anwar dan hentikan menyiarkan laporan2 tentang beliau. Secara tidak langsung, ia boleh mengurangkan populariti Anwar dan media juga tidak bersubahat untuk membohongi rakyat kerana menyiarkan cerita pembohongan beliau selama ini.

Aku percaya jika semua media tidak melaporkan tentang beliau, lama kelamaan namanya hilang dari ingatan dan igauan rakyat. Percayalah!

Post a Comment

0 Comments