Obama menang kenapa MCA bersorak girang

Barack Obama telah dipilih sebagai Presiden AS yang baru dan sekaligus menjadi orang kulit hitam pertama menjadi presiden negara yang mengaku polis dunia itu. Yang menariknya, kemenangan Obama disambut dengan kegembiraan oleh sebahagian penduduk Indonesia sebabnya Obama pernah tinggal di negara jiran itu. Ibunya pernah berkahwin dengan seorang lelaki Indonesia.

Tetapi yang aku hairan, puak-puak bukan Melayu di Malaysia juga menyambut kemenangan Obama dengan penuh kegirangan. Entah apa hubungan Obama dengan Malaysia aku sendiri tidak tahu. Antara yang bersorak girang ialah pemimpin baru MCA. Dia mengaitkan Obama dengan PKNS yang heboh ekoran keputusan kerajaan Selangor melantik bukan Melayu menerajui perbadanan itu.

Dengan mengambil Barack Obama, yang dipilih sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat, sebagai contoh, Ong berkata: "Sedihnya di Malaysia, kita masih berbalah dalam soal remeh berhubung pelantikan seorang wanita Cina sebagai Pemangku Pengurus Besar, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). -Bernama, 6 Nov. 2008

Aku tidak pasti sama ada mahu tergelak, menangis atau menjerit dengan kenyataan pemimpin MCA dan lain-lain pemimpin bukan Melayu (juga puak Melayu yang lupa diri) tentang keinginan mereka melihat bukan Melayu menerajui Malaysia. Sungguh cetek pemikiran mereka kerana hendak membandingkan AS dengan Malaysia umpama membandingkan antara langit dan bumi.

AS sudah merdeka selama lebih 200 tahun sedangkan Malaysia baru 51 tahun dan pemikiran rakyat mereka sangat jauh dibanding dengan rakyat kita. Pemikiran mereka sangat terbuka. Sebab itu kalau kita lihat banyak syarikat2 milik AS di Malaysia boleh diterajui oleh sesiapa sahaja Melayu, Cina atau India. Microsoft sebuah syarikat IT gergasi dunia milik Bill Gates misalnya, mempercayai kepimpinan seorang wanita Melayu untuk mengetuai syarikatnya di Malaysia.

Tetapi lihat sahaja syarikat2 milik bukan Melayu tempatan, tiada seorangpun orang Melayu yang diberi kepercayaan menerajui syarikat milik kaum bukan Melayu (kalau ada sila berikan senarainya). Kalau adapun hanya sebagai "boneka" dengan meletakkan mereka sebagai pengerusi syarikat. Itupun kerana adanya kuota pemilikan 30% bumiputera dalam syarikat senaraian awam. Bayangkan kalau kuota ini dihapuskan (sepertimana yang dituntut oleh mereka sebelum ini)?

Malah ada syarikat mereka meletakkan syarat hanya kaum mereka sahaja boleh memohon jawatan kosong di syarikat mereka, walaupun jawatan bukan pegawai. Ada pula syarikat bukan Melayu yang menggajikan pekerja kaum mereka lebih tinggi daripada pekerja Melayu walaupun jawatan sama dan malah kadang kala kelulusan pekerja Melayu lebih baik. Sebab apa? Mereka masih lagi tebal dengan sentimen perkauman. Bukankah begitu wahai saudara Ong?

Lihatlah di sekeliling anda. Jika bosnya seorang bukan Melayu maka kalangan bawahannya kebanyakannya adalah terdiri daripada kaumnya sendiri. Ini kerana mereka menggunakan kedudukan mereka untuk membantu kaum mereka sendiri. Melayu? Masih ramai majikan Melayu yang tidak percaya bangsanya sendiri. Mereka anggap pekerja Melayu malas. Akhirnya mereka memilih untuk menggajikan bukan Melayu atau kalau perlu ambil sahaja pekerja asing.

Kalaulah sentimen perkauman seperti ini masih menebal di kalangan masyarakat kita, bagaimana kita boleh menjadi sebuah negara seperti AS. Ketahuilah negara itu juga masih tebal dengan sentimen warna kulit dan kejayaan Obama menjadi Presiden mereka bukan bererti mereka sudah terbuka untuk menerima orang kulit hitam. Obama masih diterima kerana ibunya seorang kulit putih.

Kebimbangan Melayu tentang pelantikan bukan Melayu menerajui PKNS kerana percaya (dan amat yakin) ramai kalangan kontraktor Melayu tidak akan berpeluang lagi untuk mendapat kontrak2 dari PKNS. Sebahagian besarnya akan diserahkan kepada kontraktor kaum lain. Kebimbangan ini berasas sepertimana contoh yang aku berikan di atas.

Jadi aku harap MCA dan para pemimpin lain yang bercita2 untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara sepertimana AS dalam masa terdekat faham situasi ini. Malaysia bukan AS dan pemikiran kalangan masyarakat kita masih lagi cetek dan tebal dengan sentimen perkauman kerana kita baru merdeka 51 tahun. Tunggulah 150 tahun lagi...

Post a Comment

4 Comments

  1. Tepat dan sangat berasas. Penulisan saudara berkenaan tajuk ini sangat menarik perhatian saya.

    ReplyDelete
  2. terima kasih. dah lama aku nak luahkan perasaan perihal ini...

    ReplyDelete
  3. aku sokong tulisan ko..ade fact..byk fact ko kena masukkan lg..tp mamat sepet tu bole terima logik ni ke..suruhlah ukur baju kat badan sendiri..memerintah nak, itu ini nak,semua nak lahap,tak pernah puas,tak peduli hak orang ke tidak..memang tamak, tersangat ler tamak..TETAPI kenalah asimilasi dulu..tgukk kat indonesia, filipina,thailand..ni nak ckp melayu pun punye lah seksa..belajar n praktik tak nak..ckp omputeh tu pun bukan betul sgt..belasah jer..bukan tau malu..kalau dah perkauman tu tebal sgt, jgn haraplah melayu akan bole terima..pd aku semua ni punca nya agama gak..cuba perhatikan mana-mana cina yg dh muslim tu..cara fikir mereka aku tguk lain..fikiran mereka bertunggakkan keimanan..cuba baca balik apa dr riduan tee tulis dlm mingguan malaysia 2 minggu lalu..bukan dia jer..ade kawan aku, cina muslim gak..corak pemikirannya pun aku tguk berlainan..org begini barulah kita boleh terima..bukan jenis ong ni atau species yg sewaktu dgn nye..tahu nk lahap sajer tanpa ada batasan dan kepuasan..

    ReplyDelete
  4. banyak fakta lain yang bleh masukkan tapi cukuplah takat tuh. nanti aku dituduh cetuskan perkauman plak. tak pasal2 aku masuk ISA. lagipun bukan diorang tatau senario yg berlaku cuma meker butakan matanya yng dah sepet tuh...

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.