Gadai akidah kerana taksub kepada Mahathir... Kisah nyata


Subhanallah... mengucap panjang aku bila kawan aku yang begitu taksub dengan Mahathir sanggup merelakan kerjasama dengan syaitan asalkan dapat turunkan Najib. Dia kata, kalau suruh undur tak nak undur (merujuk kepada Najib), kenalah berpakat dengan syaitan (DAP) sekali pun, asalkan dia diturunkan.

Aku kata kita ni tak perlulah taksub sangat dengan pemimpin parti. Mereka manusia biasa pun tak lepas dari buat silap sana sini. Jadi tak usahlah menggadaikan akidah hanya kerana ketaksuban kepada pemimpin tertentu. Aku sendiri pun tak adalah sampai nak taksub kat Najib sampai macam tu... Diam dia sejenak...

Itulah... Aku pun pelik juga dengan puak-puak yang sokong Mahathir yang bertali arus desak Najib berundur hanya sebab Najib tidak mahu ikut cakapnya. Malah dia sanggup bersekongkol pula dengan DAP, nak tumbangkan UMNO kerana marahkan Najib.

Aku nak tanya puak-puak sokong Mahathir ni. Selama 22 tahun jadi PM kau ingat tak ada ke desakan suruh Mahathir turun dan letak jawatan? Ada... Team B yang diketuai Musa Hitam telah berusaha untuk melawan Mahathir dalam pemilihan parti. Apa Mahathir buat? Buat AGM tergempar dan minta perwakilan luluskan usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan. Selamat dia dan jadilah PM selama 22 tahun.

Aku ingat lagi perebutan jawatan dalam UMNO pada tahun 1987 menyebabkan UMNO yang ditubuh pada 1946 diharamkan oleh ROS dan UMNO baru terpaksa ditubuhkan (sekarang nama "Baru" dalam UMNO dah hilang). Team B diketuai Musa & Tengku Razaleigh pula menubuhkan Semangat 46 dan bertahan selama beberapa penggal sebelum dibubarkan dan para ahli mereka sebahagian besar menyertai semula UMNO.

Begitulah degilkan Mahathir yang enggan mengalah dengan Team B dan desakan rakyat dan parti pembangkang agar melepaskan jawatannya - kerana dikatakan diktator dan zalim. Tapi ada mereka peduli? Mana-mana pemimpin atau pegawai kerajaan yang melawannya dicantas dan ditukarkan serta-merta.

Sekarang dia pula mengetuai pakatan pembangkang untuk mendesak Najib lepas jawatan dan menubuhkan parti baru PPBM dan bersekongkol dengan DAP untuk gulingkan Najib.

Jadi aku kalau boleh nasihatkan puak-puak penyokong Mahathir ni, sedarlah parti yang ditubuh atas dasar dendam kesumat tidak akan bertahan lama.

Kalau nak tumbangkan Najib, tumbangkanlah dia seorang tapi jangan sampai kau jahanamkan parti keramat orang Melayu yang sejak sekian lama menjadi tulang belakang kejayaan negara sehingga hari ini.

Dan jangan sekali-kali kau bersekongkol dengan parti 'syaitan' untuk memecah-belahkan Melayu semata-mata gila kuasa kelak bukan kamu-kamu yang merana tetapi anak cucu cicit kamu, termasuk anak cucu aku.

Sanggupkah kau bertuankan syaitan?

Post a Comment

0 Comments