Tun M perlukan PBB imbangi pengaruh DAP?


Aku difahamkan PM7, Mahathir Mohamad sedang berusaha untuk menarik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak ke dalam Pakatan Harapan. Bagi tujuan itu, Mahathir sanggup mengadap Yang Dipertua Negeri Sarawak, Taib Mahmud. Malah difahamkan Abang Johari pun sedang berkira-kira dengan tawaran tersebut dan ada kemungkinan PBB akan keluar BN dan sertai PH.

Persoalannya, kenapa Mahathir begitu beriya-iya mahu menarik PBB menyertai PH? Sebabnya untuk mengimbangi ahli-ahli Parlimen dalam kerajaan PH yang diketuainya sekarang. Ini kerana PBB yang memenangi 13 kerusi semasa PRU-14 tempoh hari sudah tentu mempunyai suara yang lebih besar.

Dengan kedudukan ahli Parlimen bukan Melayu/Islam yang mendominasi dalam kerajaan PH (41 Melayu/Islam dan 71 bukan Melayu/Islam) sekarang menyebabkan banyak agenda bumiputera dan Islam tidak dapat dilaksanakan oleh Mahathir. Ini kerana segala agenda yang berkepentingan tersebut sudah pasti akan mendapat bantahan daripada anggota kerajaannya, terutama dari pihak DAP yang kita semua tahu masih lagi memperjuangkan kesamarataan di Malaysia menerusi slogan "Malaysian Malaysia".

Semua maklum Mahathir merupakan seorang pemimpin yang kental mempertahankan dan mengangkat agenda Melayu terutama ketika bersama UMNO. Malah, PPBM yang diketuai sekarang boleh diumpamakan sebagai "UMNO" bagi PH, iaitu yang mewakili kaum Melayu. Malangnya PPBM hanya mempunyai 10 wakil dalam kerajaan PH berbanding DAP (termasuk yang bertanding atas logo PKR) iaitu lebih 61 orang manakala PKR sebanyak 35 orang.

Justeru, melihat komposisi kerajaan PH jelas dan nyata kaum bukan Melayu mendominasi kerajaan yang menang PRU-14 hasil gelombang kemarahan rakyat terhadap Najib dan BN kerana gagal mengatasi masalah kenaikan harga barang, minyak di samping terpalit dengan skandal 1MDB.

Aku percaya, atas alasan itulah maka Mahathir seboleh-bolehnya cuba membawa masuk 13 wakil PBB ke dalam kerajaan yang dipimpinnya dan tidak mustahil ada di antara mereka ditawarkan jawatan dalam Kabinetnya.

Selain PBB, Mahathir melalui PPBM juga dipercayai cuba memancing beberapa ahli Parlimen UMNO dalam usaha mengimbangi "kuasa" bukan Melayu tersebut. Namun usaha tersebut tidak mudah berbanding "memujuk" Abang Johari untuk meninggalkan BN dan menyertai PH.

Itulah teori konspirasi yang menjadi cakap-cakap ahli politik di kedai kopi yang melihat kebijaksanaan Mahathir dalam menguruskan kuasa bukan Melayu dalam kerajaannya.  Sebabnya, dia tahu masa untuknya mentadbir Malaysia tidak lama dan Mahathir dikatakan tidak mahu menyerahkan kerajaan PH di tangan kaum bukan Melayu, tepatnya DAP. Maka beliau bertindak segera menarik seberapa ramai ahli Parlimen Melayu menyertai PH. Sekurang-kurangnya kerajaan yang ditinggalkan nanti mempunyai komposisi, kalau tidak Melayu lebih ramai, sekurang-kurangnya seimbang.

Itulah agaknya percaturan Mahathir.

Post a Comment

1 Comments

  1. Padan muka penyokong ph,lepas ni tahula nasib ko org melayu,spt kata najib pangkah pkr bermakna pangkah dap.inilah akibat kalau bagi muka.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.