Amaran Ustaz Kazim makin nyata

Amaran Ustaz Kazim sebelum ini hanya dipandang sinis.
"Jangan main-main dengan lima tahun, benda lain kita boleh tukar, tapi dalam bab kuasa, ia bukan benda main-main! Sebab itu pertahankan hak kita dan jangan kita buat salah… Akhirnya rugi diri kita sendiri."

Demikian amaran yang dibuat oleh penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias dalam satu ceramah di Tambun, Perak menjelang PRU-14 lalu.

Namun ramai yang mencebih pandangan tersebut konon kata-kata beliau sebagai satu bodekan kepada kerajaan pada masa itu dan cuba menakut-nakutkan umat Melayu agar terus memilih UMNO sebagai parti kerajaan.

Hari ini, selepas dua tahun rakyat Malaysia memilih untuk menurunkan kerajaan BN dan menggantikan dengan PH, satu persatu apa yang dibimbangi oleh Ustaz Kazim semakin nyata, bukan sahaja soal kepentingan agama tetapi juga soal kebajikan orang Melayu dan rakyat keseluruhannya.

Lihatlah bagaimana hal-hal berkaitan orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sedikit demi sedikit diusik dan menggunakan pelbagai alasan dan cara untuk menolaknya ke tepi. Pembelajaran tulisan jawi di sekolah jenis kebangsaan misalnya, dijadikan polemik konon belajar jawi akan menjadikan anak-anak mereka mendekati Islam.

Pada masa yang sama mereka semakin galak menggunakan bahasa mandarin termasuk dalam majlis-majlis rasmi dan dalam kenyataan-kenyataan atau surat rasmi kerajaan, seolah-olah bahasa Mandarin adalah mahu menggantikan bahasa Melayu dengan Mandarin sebagai bahasa kebangsaan.

Begitu juga dengan komunis, sudah ada pihak-pihak tertentu cuba menghidupkannya, dengan alasan sebagai memperingati peristiwa Perjanjian Hatyaii dan pihak berkuasa seolah-olah tiada kuasa menghalangnya. Pertubuhan yang menganjurkannya juga tidak dikenakan sebarang tindakan.

Terbaru, masjid di Pulau Pinang diarah tutup mulai 9.30 malam sehingga 9.30 pagi sekali gus menafikan hak umat Islam untuk solat subuh di masjid berkenaan. Alasan jumlah jemaah yang solat subuh hanya dua orang tidak dijadikan alasan untuk menutupnya pada masa-masa tertentu. Sepatutnya AJK masjid berkenaan mengadakan lebih banyak program bagi menarik jumlah jemaah untuk hadir dan solat berjemaah di masjid berkenaan.

Pendek kata, rakyat semakin nampak tembelang dan temberang PH khususnya DAP yang semakin naik tocang manakala orang-orang Cina semakin kurang ajar dan cuba mengusik hal ehwal agama dan orang Islam termasuk Tabung Haji dan subsidi menunaikan haji.

Inilah bahaya apabila membenarkan mereka berkuasa. Lima tahun bukan tempoh yang singkat, sebaliknya apa sahaja boleh berlaku. Sebelum PRU14 lagi kita maklumkan jika beri satu undi kepada PH bermakna memberi satu undi kepada DAP, ramai yang tidak peduli. Mereka katakan Melayu tetap ada dalam PH tetapi kenyataannya Melayu dalam PH semuanya menjadi barua DAP, baik PM, TPM sehinggalah pak-pak menteri yang lain.

Mungkin masih ingat kata-kata Syed Saddiq: "Jika kami gagal buanglah kami, pilihlah semula BN"  tapi apa guna kembalikan negara kepada BN jika semuanya sudah hancur lebur dan orang lain sudah merampas segalanya.



Post a Comment

0 Comments