Buku kompilasi tulisan MTB bakal diterbitkan

Cover buku Kahak: Kompilasi Tulisan Blog Mesin Taip Buruk 2008-2018.

Sebuah buku yang mengumpulkan tulisan aku akan diterbitkan tidak lama lagi. Ia hasil usaha seorang penulis bebas yang mahu mengabadikan tulisan-tulisan aku sepanjang sedekad berblog mulai tahun 2008 sehingga 2018.

Buku diberi tajuk KAHAK ini menampilkan tulisan-tulisan aku mengenai politik negara selama 10 tahun dengan tumpuan diberikan kepada tulisan berkaitan Dr Mahathir Mohamad.

Harga buku ini dianggar antara RM29 hingga RM32 (masih belum ditetapkan oleh penerbit) tetapi aku nak war-warkan dulu kalau sesiapa yang nak order buku ini bolehlah hubungi aku atau penerbit  buku ini.

Segala perkembangan tentang buku ini nanti aku roger kat sini. Out dulu...

Latar belakang buku:

Tajuk: Kahak: Kompilasi Tulisan Blog Mesin Taip Buruk 2008-2018
Penerbit: Serata Cakra Resources
Tebal: 126 muka surat
Harga: RM29 - RM32 (belum ditetapkan)



Post a Comment

0 Comments