JAWI oh jawi....

JAWI 1:

Ketika Najib lakukan sumpah mubahalah, Mufti Wilayah masih sibuk dengan acara KL Summit termasuk menjadi imam solat Jumaat sempena sidang kemuncak tersebut.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dah keluar arahan tidak membenarkan acara sumpah laknat diadakan di masjid dan surau dalam kawasan pentadbirannya. Arahan itu dikeluarkan berikutan kenyataan Mufti Wilayah, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dua hari selepas Najib Razak membuat sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru.

Najib yang seolah-olah tak puas hati kerana teguran (aku anggap teguran dari mufti) dibuat selepas dua hari majlis berlangsung sedangkan beliau sudah war-war di media sosialnya cadangan untuk mengadakan sumpah mubahalah berhubung akuan bersumpah (SD) Azilah yang mendakwa Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantunya.

Seingat aku ketika sumpah mubahalah Najib dibuat, sedang berlangsung KL Summit di Kuala Lumpur dan Mufti Wilayah turut menghadirinya termasuk pada hari Jumaat lalu, beliau menjadi imam solat Jumaat di sidang kemuncak tersebut. Atas sebab itulah mungkin menyebabkan beliau terlepas pandang kenyataan dibuat Najib yang mahu melakukan mubahalah.

Najib pun satu. Nak buat perkara-perkara berkaitan agama ni rujuklah dengan alim ulama, kalau tak dapat mufti pun sekurang-kurang cerdik pandai agama dalam Pas, walaupun ada pihak-pihak terutama dari Amanah yang sering mempertikai ilmu agama yang dimiliki orang Pas, baik Presidennya ataupun Timbalan Presidennya.

Ini tidak, dibukanya pertanyaan di Facebook & Twitter memang tak dapatlah nasihat dari mufti apatah lagi mufti kat Malaysia yang ada twitter hanya Mufti Wilayah. Yang lain, semua macam tak mau terlibat dengan gajet-gajet ini.

Berhubung teguran mufti dan arahan JAWI ini aku tak mahulah pertikaikan cuma aku harap tidak berlaku double standard dan larangan serupa patut turut dikeluarkan jika membabitkan pihak kerajaan. Manalah tau kalau lepas ini Anwar Ibrahim atau Azmin Ali pula nak buat sumpah mubahalah berhubung dakwaan-dakwaan salah laku moral yang dihadapi mereka sekarang.

Ialah mangsa-mangsa dah buat SD dan telah membuat laporan polis. Polis pun dah ambil keterangan semua yang terlibat. Lagi pun bangkai gajah mana boleh ditutup dengan nyiru, apatah lagi bangkai bernyawa yang siap dengan rakamn video HD, ya tak?


JAWI 2:

Dong Jiou Zong tetap mengadakan bantahan jawi walaupun dah ditegur oleh Perdana Menteri.

Subhanallah... tak habis-habis lagi puak-puak Dong Jiou Zong dengan isu tulisan jawi. Mereka nak apa sebenarnya? Tak kasi anak-anak Cina dan India belajar jawi sampai macam tu sekali? Oklah takpe kalau kau orang tak nak kasi anak-anak kau pandai tulisan jawi (ala tiga muka surat tak sampai 10 patah perkataan pun) tapi lepas ini jangan sibuk-sibuk nak tulis حلال dalam tulisan jawi pada produk makanan keluaran kau orang.

Lagi satu, tarik balik semua produk yang menggunakan jenama muslim macam cap masjid, cap songkok dan segala macam cap berorientasikan Islam sebab jelas-jelas kau orang tak mahu tulisan jawi kan? Ada berani ke?

Puak mereka ini aku tengok makin hari makin naik tocang sejak kaum mereka memerintah Malaysia ni. Tolak tulisan jawi pada masa yang sama memperluakan tulisan mandarin. Mereka nak "menchinakan" Malaysia ke macam mana?

Bukan kah jawi itu hanya tulisan sedangkan bahasanya adalah bahasa Melayu juga. Tak ada kaitan sama sekali dengan agama Islam. Tapi yang peliknya kaum Cina di Kelantan, Terengganu, Kedah ok jeh belajar jawi. Malah ada yang siap boleh mengucap shahadah bagai, tapi mereka tetap juga sembah tokong.

Aku rasa bantahan isu tulisan jawi ini bukan sebab tidak suka dengan tulisan itu, tapi mereka nak menunjukkan kekuasaan dan kekuatan mereka. Mereka nak bagi amaran kepada kerajaan bahawa mereka kuat dan jangan main-main dengan mereka.

Lu langsi lu mati! Agaknyalah...

Post a Comment

0 Comments