Berwajah baharu mulai 2020

Diam tak diam blog Mesin Taip Buruk dah masuk tahun ke-12...
Mesin Taip Buruk bakal menampilkan wajah baharu dengan tulisan-tulisan yang lebih menyengat, berani dan berfakta serta mengemukakan pandangan-pandangan lebih bernas, jitu dan relevan sesuai dengan usianya.

Yelah, dah lebih sedekad blog ini berada di alam maya dan pada mulanya aku berhasrat untuk menamatkan hayat blog ini, tetapi melihat situasi masa kini, aku merasakan bahawa MTB perlu terus hidup dan kena tampil berani bersuara demi agama, bangsa dan tanah air tercinta.

MTB bukan berhasrat untuk mencari balah sesuai dengan pendirian aku sebagai "blogger tak bertuan" tetapi kritikan dan pandangan yang aku berikan ini adalah sebagai peringatan dan menyedarkan mereka tentang kelemahan mereka dan sepatutnya diperbetul.

Pun begitu, aku tidak hanya memfokuskan kepada isu-isu politik semata-mata tetapi juga berkaitan hal ehwal awam, rakyat, sukan dan hiburan.

Justeru, aku harap penampilan semula blog ini dengan nama MTB Voice akan diterima dan dapat berkongsi pandangan dengan terbuka dan jujur.

Post a Comment

0 Comments