Buku kompilasi tulisan MTB bakal terbit... Tempah sekarang!!!

Buku kompilasi tulisan aku mengenai politik tanah air sejak tahun 2008 sehingga 2018 bakal diterbitkan tidak lama lagi. Terima kasih aku ucapkan kepada Serata Cakra Resources yang sudi menerbitkan buku penulis blog picisan macam aku.

Apapun aku menghargai sokongan yang diberikan. Sekurang-kurang tak sia-sia 'perjuangan' aku selama lebih sedekad dalam penulisan blog, biarpun kini semakin dipandang sepi lantaran percambahan media sosial lain seperti Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube.

Buku berjudul KAHAK ini merupakan hasil pandangan aku tentang sosok tubuh para pemimpin politik tertentu yang sanggup menjilat ludah sendiri hanya kerana politik dendam dan amarah.

Buku KAHAK ini aku nukilkan khas kepada pengikut-pengikut setia blog MTB sejak sekian lama membaca dan mengikuti tulisan-tulisan picisan aku.

Kalau nak tahu apa kandungan KAHAK, kenalah dapatkan buku ini yang bakal dijual pada harga RM35 senaskhah (tidak termasuk bayaran pos). Kalau nak order sekarang boleh dilakukan dan penerbit buku aku kata tanpa sebarang bayaran pos dikenakan, termasuk tempahan dari Sabah dan Sarawak. Tapi tawaran terhad untuk tempoh tertentu sahaja.

Berikut sedikit sebanyak tentang KAHAK:

Tajuk: KAHAK
Tajuk Kecil: Kompilasi Tulisan Blog Mesin Taip Buruk 2008-2081
Harga: RM35 senaskhah
Bayaran Pos : RM8 (Semenanjung) & RM10 (Sabah & Sarawak) senaskhah
Jumlah Muka Surat: 120 halaman
Kod ISBN : 978-967-17300


Post a Comment

0 Comments