Reformasi 2.0 digerak jika Anwar gagal jadi PM8?


ANWAR Ibrahim tidak akan duduk diam sekiranya beliau gagal menjadi Perdana Menteri Kelapan (PM8) apatah lagi jika benar Muhyiddin Yassin pula yang dipilih.

Kita semua tahu hidup dan matinya Anwar adalah untuk menjadi PM sejak 30 tahun lalu menerusi UMNO, Gerakan 16 September 1998 dan terbaru sebagai PM8 selepas kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14 lalu.

Seperti aku tulis sebelum ini bahawa tidak semudah itu Mahathir melepaskan kerusi PM kepada Anwar kerana Ahli Parlimen Langkawi itu amat mengenali Anwar, sejak semasa dalam UMNO lagi.

Mahathir yang menaikkan Anwar sehingga beliau menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri dan Mahathir juga yang memecat beliau daripada kedua-dua jawatan itu serta memenjarakannya atas tuduhan meliwat Sukma Darmawan dan Azizan.

Apabila Mahathir melepaskan jawatan sebagai PM7, beliau amat yakin bahawa inilah masanya dia dapat mencapai cita-cita yang diidam-idamkan selama ini. Malangnya, kenyataan terbaharu Mahathir untuk menyokong Muhyiddin sebagai PM8 amat mengecewakan Anwar.

Sebab itu aku yakin dan percaya jika Anwar gagal lagi untuk menjadi PM kali ini, beliau akan menggerakkan sekali lagi gerakan Reformasi sepertimana yang dicetuskan tahun 1998 lalu sehingga hampir setiap minggu ibu negara digegarkan dengan demonstrasi jalanan oleh penyokong-penyokongnya.

Bezanya Reformasi 1998 majoritinya melibatkan mahasiswa termasuk sebahagian besar penyokong Pas tetapi jika gerakan serupa dilakukan kali ini, pastinya Anwar hanya akan menerima sokongan penyokong DAP yang rata-rata dari kaum bukan Melayu.

Reformasi 1998 adalah konon Mahathir pada masa itu menyalahgunakan kuasa dengan memecat beliau sebagai TPM dan menuduhnya dengan tuduhan meliwat. Rusukan demi rusuhan dicetuskan bagi menutup dakwaan yang dihadapinya tetapi akhirnya selepas proses perbincaraan selama bertahun-tahun, Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara.

Beliau kemudian dibebaskan oleh Pak Lah yang mengambil alih kerusi Perdana Menteri daripada Mahathir, namun kemudian pada 2008, Anwar sekali lagi menggerakan reformasi jalanan setelah dia mendakwa Pakatan Rakyat (PKR, Pas, DAP) boleh membentuk kerajaan.

Anwar mendakwa sudah mendapat sokongan (beli) 30 Ahli Parlimen BN untuk menyokong beliau sebagai PM dan membentuk kerajaan baharu yang menerusi Gerakan 16 September. Malangnya semuanya tidak menjadi kenyataan apabila 30 Ahli Parlimen BN yang dikatakan akan menyeberang tidak berlaku.

Dan kali ini, lebih tragis jika Anwar gagal lagi menjadi PM sedangkan Mahathir sudah berjanji untuk menyerahkan jawatan itu kepadanya selepas dua tahun kerajaan PH terbentuk. Malangnya Anwar tidak sabar dan beliau menggunakan para penyokongnya agar mendesak Mahathir menetapkan tarikh peralihan kuasa.

Akibat desakan demi desakan yang diterima termasuk dari pemimpin DAP dan Amanah, Mahathir yang diberi kuasa penuh untuk menentukan tarikh peralihan kuasa sepertimana diputuskan oleh Majlis Presiden PH, akhirnya melepaskan jawatan.

Ini diikuti oleh pengunduran Bersatu daripada PH dan 11 Ahli Parlimen PKR diketuai oleh Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin meninggalkan PKR dan memberi sokongan kepada Mahathir untuk kekal sebagai PM sehingga menyebabkan kerajaan PH hilang majoriti.

Percayalah, Anwar tidak akan berdiam diri dan bersiap sedialah bahawa gerakan reformasi akan dilakukan oleh Anwar untuk menghuru-harakan negaram, dan yang penting bagi memastikan hasrat dia untuk menjadi PM tercapai.

Are you ready?

Post a Comment

0 Comments