Pendosa nak ke Mekah, silakan! Tapi patuhi hukum


Sebenarnya ramai saja pendosa-pendosa yang menunaikan umrah atau haji di Tanah Suci Mekah, bukan setakat mak nyah atau pondan tetapi juga kepala perompak, penyamun, penzina dan macam-macam pendosa lagi.

Kebanyakan mereka ke sana sebab sudah insaf dan mahu menyucikan diri dan mengabdikan diri kepada Allah, bukan nak selfie depan Kaabah dan post kat media sosial dengan bangga sebab dah sampai ke Mekah.

Mutawif aku masa aku pergi umrah beberapa tahun lalu menceritakan macam mana seorang jemaah dia merupakan kaki perempuan. Sejak muda dia ni memang suka berzina dan selalu tukar-tukar kekasih. Bini jangan cerita, asyik berganti.

Bila dah umur 50 tahun lebih, 'barang' pun dah tak berapa nak perkasa agaknya mula insaf dan pergi masjid sehinggalah satu hari terlintas di fikiran dia nak pergi umrah, maka hajat dia sampailah dan pergilah dengan travel ejen umrah mutawif aku ni.

Bila sampai part kena pakai ihram dia ni menangis menggugu-gugu di bahu mutawif aku. Menangis sebab insaf dan menyesali perbuatannya kepada Allah. Rupa-rupanya dia takut nak pakai ihram sebab di bahu dia ada tatoo. Dia takut kalau umrah dia tak sah dan segala ibadah dia tak diterima.

Bila ditanya mutawif aku, maka dia mengakulah tentang perbuatannya sebelum ini dan pasal tatoo di bahunya. Maka tahulah kenapa dia begitu kuat menangis dan takut untuk pakai ihram.

Selepas diberikan nasihat dan penjelasan oleh mutawif aku yang kira hebat juga soal ilmu agama (maklum, lulusan Mesir) maka dia pun meneruskanlah ibadahnya dengan tenang.

Mutawif aku bagitau yang sekarang ini jemaahnya itu sudah jadi kaki masjid dan kadang-kadang jadi bilal. Pasal tatoonya itu dia tekap dengan seterika sbb tak sanggup lagi nak tengok dan tanggung dosanya itu.

Jadi kalau orang kata Allah tak terima pendosa atau pondan macam Sajat pergi Mekah itu tak betullah. Mekah menerima siapa sahaja yang beragama Islam untuk beribadah tetapi seperti kata Mufti Wilayah, kenalah ikut hukum bukan main hentam.

Kalau dah zahirnya lelaki, maka patuhlah dengan syarat jemaah umrah lelaki bukannya suka hati main pakai telekong, tiba-tiba menonjolkan keperempuanannya. Datang Mekah kita nak cuci dosa-dosa silam, bukannya menambah dosa.

Lagipun kat Tanah Suci ni orang kata kena jaga adab dan larangan sebab Allah selalunya bayar cash setiap perlakuan yang tak elok dibuat di sana.

Pernah sekali tu seorang jemaah sama-sama dengan aku siap marah dengan para peminta sedekah yang berduyun kat kawasan Masjidilharam. Last-last duit dia hilang ribu-ribu jugaklah. Sampaikan mutawif aku minta dia berdoa depan Kaabah, minta ampun dan maaf segala dosanya. Bila dia buat beberapa kali, last-last sebelum berangkat balik elok saja duit tu duk atas katil. Macam tak ada orang usik.

Begitulah cerita dari Tanah Suci dari aku kali ini. Haha...

Post a Comment

0 Comments