Sajat oh Sajat...

Sajat bergambar di hadapan Kaabah dengan memakai telekong (ihram wanita).

Tak habis-habis dengan kontroversi usahawan kosmetik mak nyah sorang ni. Hari ini heboh pasal dia ke Tanah Suci Mekah kerana menunaikan umrah. Betul, memang menjadi kewajipan siapa sahaja yang beragama Islam untuk menunaikan umrah, haji kecil ini waima golongan mak nyah sekali pun.

Namun yang menjadi perdebatan hangat ialah tindakan Sajat yang mengenakan telekung wanita ketika melakukan umrah sedangkan statusnya dikatakan lelaki (berdasarkan status dalam pasport dan visa umrah - jika benar). Jika lelaki, dia sepatutnya memakai ihram cara lelaki, dan bukannya telekung macam perempuan.

Katanya tindakannya itu di luar kawalan mutawif ejen pelancongan yang membawa Sajat dan rombongan. Difahamkan selain Sajat, ada dua lagi kawan sejenisnya yang ikut sama melakukan ibadah umrah. Yang lebih pelik, rombongan itu turut disertai oleh ibu bapa Sajat dan mereka seolah-olah merestui perlakuan anaknya itu.

Perkara ini tidak menjadi heboh sekiranya Sajat tidak memuat naik gambar dan video yang merakamkan dia dalam keadaan ihram wanita (bertelekung) ketika menjalankan ibadah umrah menerusi akaun Intagramnya.

Wah, kecoh beb kecoh! Sampaikan Menteri Agama, Mujahid pun turut memberi komentar berhubung tindakan Sajat. Khabarnya Mujahid marah Sajat kerana tindakan mak nyah seorang itu boleh menjejaskan nama baik Malaysia, sebuah negara yang begitu disenangi oleh kerajaan Arab Saudi kerana ketertiban jemaahnya, baik haji mahupun umrah.

Berikut 13 larangan semasa berada dalam ihram yang jika dilanggar setiap satunya akan dikenakan dam atau denda.

1. Menutup kepala bagi lelaki. Pakai topi atau meletakkan sapu tangan atas kepala semasa ihram pun dianggap salah, apatah lagi memakai telekung (seperti wanita)

2. Memakai pakaian bersarung/berjahit. Telekong adalah pakaian berjahit jadi sah-sah Sajat dah langgar larangan ini.

3. Menutup muka bagi wanita

4. Memakai sarung tangan

5. Memakai bau-bauan termasuk ubat ketiak atau minyak atar.

6. Memakai minyak rambut

7. Menanggalkan rambut atau mana-mana bulu

8. Memotong kuku kaki atau tangan atau kedua-duanya

9. Memotong, menebang atau mencabut pokok di Tanaharam

10 Memburu binatang buruan

11. Bersetubuh suami dan isteri sah, apatah lagi kalau persetubuhan sesama jantina

12. Melakukan permulaan persetubuhan seperti bercumbuan, menggosok alat-alat kelamin atau bahagian sulit lain

13 Berkahwin sama ada sendiri atau mengahwinkan orang lain.

Haaa... Jadi berdasarkan kes Sajat ini jelas-jelas dia telah melanggar larangan pertama dan kedua kecuali dia benar-benar seorang wanita (Seingat aku JAKIM dulu pernah buat pemeriksaan jantina Sajat tapi senyap begitu sahaja).

Pasport antarabangsa yang didakwa milik Sajat tertera nama dan jantina sebenarnya.

Aku tak tahulah kalau dia sanggup membayar dam untuk setiap larangan yang dilanggarnya. Maklum, dia kan banyak duit. Sanggup saja bayar, asalkan kekal "feminin".

Aku juga tak berani nak sentuh kata kalau kita melanggar larangan ihram, ihram kita tidak terputus walaupun sudah pulang dan membuat tawaf wadaq. Kalau masih dalam ihram maknanya tak boleh melakukan kesemua 13 larangan di atas, kalau buat juga kena denda. Masalah mereka sudah pulang ke Malaysia. Bab ni biarlah bijak pandai agama yang ulas, takut juga aku salah tafsiran nanti naya.


Satu lagi perkara yang lebih besar, mengikut undang-undang Arab Saudi, negara itu melarang keras mana-mana lelaki yang memakai pakaian seperti wanita, apatah lagi mengerjakan ibadah haji atau umrah.

Khabarnya dulu ada kes dua mak nyah Pakistan yang ditahan kerana berpakaian wanita ketika melakukan umrah dan mereka ditangkap dihumban dalam guni serta dipukul sehingga mati.

Begitu kerasnya undang-undang Arab Saudi apatah lagi bagi Mekah dan Madinah.

Yang aku pelik dan hairan, macam mana ejen umrahnya kat sini lepaskan mereka begitu sahaja tanpa kawalan. Khabarnya Sajat pun tidak mempedulikan nasihat dan teguran mutawifnya mengenai hal ini.

Dalam hal ini kita serah kepada Allah sahajalah, dan bijak pandai agama termasuk mufti. Kalau perlakuan Sajat ini salah (kerana sah lelaki tetapi memakai ihram menyerupai wanita) ambillah tindakan. BUkan apa, takut nanti makin ramai golongan mak nyah yang ke Mekah dan mengikut perlakuan Sajat.

Kalau mereka bermati-matian mengaku khusna siapa yang nak selidik. Takkan muatawif pulak kena selak kain dan raba telur, kan?

Esok Mufti Wilayah khabarnya akan semak dengan JAKIM untuk pastikan jantina Sajat, dan kita tunggulah pandangan mufti pasal hal ini. Tak gitu?

Post a Comment

0 Comments