Kabinet Muhyiddin lepasi tapisan SPRM, PDRM... Azmin?


PERDANA MENTERI, Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan 30 orang menteri Kabinet yang akan membantu beliau mentadbir negara untuk bagi separuh penggal lagi selepas kejatuhan kerajaan PH ekoran "kerosakan"" yang berlaku dari dalam.

Dalam ucapan sebelum pengumuman barisan Kabinet itu, Muhyiddin mengesahkan semua barisan menteri dan timbalan menteri yang akan dilantik adalah bebas daripada kes-kes di bawah SPRM dan PDRM.

Tapi aku agak musyhil sebab Azmin Ali turut berada dalam senarai Kabinet Muhyiddin. Malah bekas Timbalan Presiden PKR itu diangkat sebagai salah seorang daripada empat Menteri Kanan, yang kali pertama diperkenalkan sejak merdeka. Azmin bertanggungjawab menguruskan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Aku musykhil sebab Azmin pernah terpalit dengan kes semburit dan seingat aku kes tersebut masih lagi dalam siasatan polis. Walaupun PDRM mengesahkan video itu tulen tetapi pelaku di dalamnya tidak dapat disahkan, namun jutaan saksi mata yang menonton rakaman video tersebut itu mengesahkan pelakunya adalah Azmin dan Haziq (dia mengaku sendiri).

Lalu jika benar seperti dikatakan oleh Muhyiddin bahawa barisan Kabinetnya telah ditentusahkan oleh PDRM, bermakna Azmin bebas daripada sebarang kaitan dengan video semburit tersebut? Jika demikian, aku harap pihak polis dapat mengheret Haziq ke muka pengadilan kerana menabur firnah dengan menuduh zina seorang menteri yang suci.

Tugas menteri kanan, seperti dinyatakan oleh Muhyiddin, bertanggungjawab sebagai pengganti Perdana Menteri ketika ketiadaan beliau, termasuk mempengerusikan mesyuarat Kabinet. Ini bermakna kedudukan Azmin setara tugas-tugas Timbalan Perdana Menteri, yang jawatannya ditiadakan buat kali pertama.

Tiga lagi menteri kanan  ialah Ismail Sabri Yaakob (Naib Presiden UMNO), Fadillah Yusof (PBB/GPS) dan Mohd Radzi Jidin (Ketua Penerangan Bersatu). Dalam hal ini aku tidak faham kenapa Radzi dilantik sebagai Menteri Kanan apatah lagi sebagai menteri yang bertanggungjawab ke atas Kementerian Pendidikan.

Radzi tewas kepada Annuar Musa di Parlimen Ketereh semasa PRU14. Beliau kemudian dilantik sebagai Senator oleh Dr Mahathir dan menjadi Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, di bawah Azmin Ali.  Berdasarkan pengalaman, jelas beliau sangat mentah dalam Kabinet lalu bagaimana beliau mampu menjadi "pengganti" PM ketika ketiadaan Muhyiddin? Apakah beliau merupakan "orang harapan" Muhyiddin dalam Bersatu selepas perpecahan parti itu? Mungkin...

Apa pun aku harap barisan menteri dan timbalan menteri Pakatan Nasional ini tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh barisan Kabinet kerajaan PH yang caca-marba, tidak terkoodinat, asal-asal sahaja, banyak bercakap daripada bekerja.

Ingat, rakyat memerhati dan mereka akan menilai mereka untuk tempoh separuh penggal ini sebelum PRU15.

Berikut barisan Kabinet Muhyiddin 2020:

PERDANA MENTERI:
> Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin

MENTERI KANAN:
> Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
> Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
> Datuk Seri  Fadillah Yusof
> Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (Senator)

JABATAN PERDANA MENTERI:
> Menteri (Ekonomi) - Datuk Seri Mustapa Mohamed
> Timbalan Menteri - Arthur Joseph Kurup

> Menteri (Tugas-tugas Khas) - Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
> Timbalan Menteri - Datin Mastura Yazid

> Menteri (Parlimen dan Undang-undang) - Datuk Takiyuddin Hassan
> Timbalan Menteri - Datuk Eddin Syazlee Shith

> Menteri (Hal Ehwal Agama) - Datuk Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Senator)
> Timbalan Menteri - Ahmad Marzuk Shaary

> Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) - Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
> Timbalan Menteri - Datuk Hanifah Hajar Taib

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
> Menteri - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
> Timbalan Menteri - Datuk Lim Ban Hong (Senator)

KEMENTERIAN PERTAHANAN:
> Menteri - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
> Timbalan Menteri - Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz

KEMENTERIAN KEWANGAN:
> Menteri - Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (Senator)
> Timbalan Menteri I - Datuk Abd. Rahim Bakeri
> Timbalan Menteri II - Mohd Shahar Abdullah

KEMENTERIAN KERJA RAYA:
> Menteri - Datuk Seri Fadillah Yusof (Menteri Kanan)
> Timbalan Menteri - Datuk Dr Shahruddin Md Salleh

KEMENTERIAN PENDIDIKAN:
> Menteri - Dr Mohd Radzi Md Jidin (Menteri Kanan)
> Timbalan Menteri I - Datuk Dr Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
> Timbalan Menteri II - Muslimin Yahaya

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
> Menteri - Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
> Timbalan Menteri - Hasbi Habibollah

KEMENTERIAN ALAM SEKITAR: 
> Menteri - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
> Timbalan Menteri -  Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad (Senator)

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
> Menteri - Datuk Seri M. Saravanan
> Timbalan Menteri - Awang Hashim

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
> Menteri -  Tan Sri Annuar Musa
> Timbalan Menteri - Datuk Seri Dr Santhara Kumar

KEMENTERIAN WANITA DAN KELUARGA:
> Menteri - Datuk Seri Rina Mohd Harun
> Timbalan Menteri - Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:
> Menteri - Datuk Dr Noraini Binti Ahmad
> Timbalan Menteri - Datuk Dr Mansor Othman

KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI:
> Menteri - Datuk Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah
> Timbalan Menteri - Ali Biju

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
> Menteri - Datuk Seri Hamzah Zainuddin
> Timbalan Menteri I - Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said
> Timbalan Menteri II - Jonathan Yassin

KEMENTERIAN KESIHATAN:
> Menteri - Datuk Seri Dr Adham Baba
> Timbalan Menteri I - Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
> Timbalan Menteri II - Datuk Aaron Ago Dagang

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN:
> Menteri - Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
> Timbalan Menteri I - Datuk Seri Ahmad Hamzah
> Timbalan Menteri II - Datuk Che Abdullah Mat Nawi

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR:
> Menteri - Datuk Dr Abd Latiff Ahmad
> Timbalan Menteri I - Datuk Abdul Rahman Mohamad
> Timbalan Menteri II - Datuk Henry Sum Agong

KEMENTERIAN LUAR NEGERI:
> Menteri - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
> Timbalan Menteri - Datuk Kamaruddin Jaffar

KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
> Menteri - Datuk Alexander Nanta Linggi
> Timbalan Menteri - Datuk Rosol Wahid

KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA:
> Menteri - Datuk Seri Saifuddin Abdullah
> Timbalan Menteri -  Datuk Zahidi Zainul Abidin

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
> Menteri  - Zuraida Kamaruddin
> Timbalan Menteri - Datuk Seri Ismail Abd Mutalib

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI:
> Menteri - Khairy Jamaluddin Abu Bakar
> Timbalan Menteri - Ahmad Amzad Hashim

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN KOPERASI:
> Menteri - Datuk Seri Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar
> Timbalan Menteri - Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin

KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI:
> Menteri - Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
> Timbalan Menteri I - Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng
> Timbalan Menteri II -  Willie Mongin

KEMENTERIAN PELANCONGAN, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
> Menteri - Datuk Seri Nancy Shukri
> Timbalan Menteri - Datuk Dr. Jeffrey Kitingan

KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA:
> Menteri - Datuk Halimah Mohamed Sadique
> Timbalan Menteri - Datuk Seri Tiong King Sing

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
> Menteri - Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
> Timbalan Menteri - Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Senator)

Post a Comment

0 Comments