Antara Anwar dan Pak Lah...

Shabery Cheek kata dia hairan dengan sikap rakyat Malaysia sekarang yang percayakan pembohongan demi pembohongan yang dibuat oleh Anwar Ibrahim dan ia macam ada suatu yang tidak kena dalam masyarakat. Begitulah kata-kata Shabery seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.

Aku setuju dengan pandangan ini sebab aku memang sangat mengetahui bahawa Anwar seorang kaki pembohong dan putar alam paling hebat di Malaysia. Dialah juga pemimpin jenis muka tak malu kerana beriya-iya nak jadi PM waima apa cara sekalipun. Maka berbohonglah dia kepada rakyat dan masyarakat dunia bahawa BN akan serah kuasa kepada pembangkang 16 September, kemudian dipinda ke 23 September dan entah bila lagi.

Bila tak juga menjadi kenyataan maka macam-macam alasan yang diberikan dan pada masa yang sama memberikan 'harapan' kepada pengikut2nya dan juga penaja kempennya yang berpangkalan di luar negeri sana. Yang aku pelik, pembohongan Anwar ini bukan sahaja dipercayai pengikut2nya (yang sememangnya buta mata & hati), malahan juga puak2 Pas yang tinggi ilmu agamanya termasuk Tok Guru dan Hadi Awang. Cuma yang tak berapa percaya Mustapa Ali.

Itulah Anwar Ibrahim...!

Namun tak kurang hebat dengan ilmu pembohongan dan putar belit (istilah yang sering dipakai ialah flip-flop) ialah Pak Lah sendiri. Banyak sangat contoh-contoh yang nak disenaraikan disini. Paling dekat, dia kata nak naikkan minyak bulan September alih-alih bulan Jun dah naik sehingga 80 sen. Sekarang baru sibuk2 nak turunkan pulak. Sebelum ini ada juga dia berbohong kepada rakyat yang kononnya tak ada pembubaran Parlimen untuk pilihan raya (ketika ditanya wartawan), alih2 esok pagi-pagi sudah mengadap YDP Agong sebab nak buat PRU.

Begitu juga dengan isu jambatan bengkok, keretapi berkembar dan banyak lagilah. Sebab itulah apabila dia kata peralihan kuasa antara beliau dengan Najib akan dibuat pada 2010, ramai yang meraguinya. Ini kerana Pak Lah mempunyai track-record yang buruk dalam soal berjanji. Cuma kalau nak dibanding dengan Anwar, tahap pembohongan Pak Lah tidaklah sedahsyat itu!

Dan aku percaya, bukan setakat Anwar & Pak Lah, malah ramai lagi pemimpin2 di peringkat negeri, bahagian dan cawangan yang satu spesies dengan mereka dengan menabur pelbagai janji yang manis-manis dan indah2 terutama ketika dekat pilihan raya, tetapi apabila menang, janji itu entah ke mana. Pembohong bukan?

Dalam hal ini, aku berpegang pada kata-kata hikmat orang tua-tua "Siakap sinohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri".

Dan nampaknya kata-kata itu ada kebenarannya apabila Anwar kini cuba "mencuri" jawatan PM daripada Pak Lah melalui pintu belakang. Pak Lah bagaimana pula? Kita tunggulah nanti!

Post a Comment

0 Comments