Tiada bonus.... Bajet 2010 tidak bermakna?

Tidak ada makna PM merangkap Menteri Kewangan, Najib Razak membentangkan Bajet 2010 di Parlimen hampir 3 jam berdiri tanpa henti kerana ia tidak dihargai sama sekali di kalangan kakitangan kerajaan. Ini gara-gara tiada pemberian bonus diumumkan oleh Najib.

Ya, orang ramai terutama kakitangan awam dan peniaga serta peruncit tertunggu-tunggu sejak pukul 2 petang di hadapan TV, radio serta laman-laman web yang menyiarkan siaran langsung Bajet 2010 dari Parlimen sehinggalah di penghujung ucapan Najib memaklumkan pemberian bayaran khas RM500 yang sebelum ini hanya diberikan kepada kakitangan sokongan, diperluaskan kepada semua kakitangan termasuk pegawai Gred 41 hingga 52.

Dan serentak itu juga kakitangan awam baik di Putrajaya atau di seluruh negara menangguhkan untuk pulang ke rumah walaupun waktu pejabat sudah berlalu semata-mata untuk mengetahui berapa bulan bonus yang akan diberikan begitu kecewa. Ramai yang menarik muka dan tidak kurang juga yang menendang kerusi, meja dan pintu kerana tidak berpuas hati dengan Bajet 2010.

Bagi mereka setiap kali pembentangan Bajet, apa yang penting ialah pemberian bonus. Kalau ada bonus waima sebulan gaji sekali pun maka laungan "Hidup UMNO... Hidup BN... Hidup Najib" akan kedengaran tapi andai tiada bonus seperti tahun ini, maka ada suara-suara yang melaungkan "kerajaan zalim"! juga kedengaran walaupun agak halus kedengaran di dalam anak tekak. Inilah mentaliti kakitangan kerajaan di negara kita.

Jadi tiada gunalah Najib mengumumkan pelbagai insentif kepada rakyat di semua lapisan masyarakat andai pemberian bonus tidak ditunaikan. Maka tidak berserilah Bajet tahun ini. Aku percaya edaran surat khabar esok juga tidaklah luar biasa kerana tidak ramai yang ghairah hendak membeli akhbar. Sebabnya tiada bonus!

Untuk Bajet 2011 aku cadangkan Najib tidak perlulah membentangkan bajet panjang lebar kerana tiada siapa yang peduli. Apa yang mereka ingin tahu ialah bonus... bonus... bonus...!! Jadi Bajet akan datang tak usahlah fikirkan peruntukan kepada lain-lain kemudahan sebaliknya berilah mereka bonus. Kerana itulah yang rakyat mahukan dan kerana itu jugalah kakitangan kerajaan memangkah BN dalam pilihan raya.

Sedih... sungguh sedih dengan mentaliti kakitangan awam kita walhal pemberian wang RM500 seorang sudah memadai dalam keadaan ekonomi dunia termasuk negara yang masih tidak menentu. Mereka sepatutnya bersyukur kerana pemberian itu adalah jauh lebih baik berbanding mereka yang bekerja di sektor swasta yang bukan sahaja belum tentu memperoleh wang saguhati, jauh sekali bonus. Malah silap haribulan diberikan notis pemberhentian kerja.

Untuk kakitangan awam, bersyukurlah dengan pemberian tersebut kerana kalian baru sahaja menikmati faedah kenaikan gaji tahun lalu dan nikmatilah faedah-faedah lain yang disediakan dalam bajet ini. Jangan kerana tiada bonus kalian berpaling tadah.

Bersyukurlah!!

Post a Comment

22 Comments

  1. bukan nak kata apa, kalau anda staf kerajaan, anda tahu gaji yg kecil dorang dapat,ciput jer.

    bonus ni penting, paling kurang utk persiapan anak2 sekolah or simpanan.

    dan seterusnya duit bonus ni akan menjadi rangkian pusingan aliran wang seterusnya menjana ekonomi negara

    bebanan nak bayar hutang rumah or kereta, biarpun bunyinya perbankan islam tapi sama jer mcm bank riba dgn kenaikan gaji tahunan tak smp rm 100 setahun.

    apa salahnya staf kerajaan harapkan bonus...

    kalau pertonas boleh dapt 5 bulan bonus
    kalau PLUS dapat 3 bulan bonus.

    pasal undi tu hak masing2.... cuba fikirkanlah keuntungan yg sgt besar mereka2 (kerajaan) dpt bila mereka diundi...dgn hasil2 mahsyul smp keanak cucu cicit........fikir elok2....

    ReplyDelete
  2. bukan semua staf kerajaan gajinya tinggi,bagi kumpulan sokongan gajinya baru berapa?.

    ingatkan bajet2010 nie najib nak selaraskan elaun cola...kos sara hidup di kawasan pendalaman lagi tinggi....

    ReplyDelete
  3. sekali lagi, setiap yg tidak dpt di capai, setiap perkara yg susah, bukan mesti tawakal saja. Berusaha mestilah juga.
    Peluang utk berkerja overtime, berniaga kecil kecilan dan setengah nya mendapat rumah percuma juga merupakan bonus.
    bayangkan pekerja swasta yg gaji minumum dan COLA masih lagi tiada.
    Memang SALAH staf kerajaan harapkan bonus,kerana sampai skrg prestasi secara umum tidak lah dibanggakan.
    sikap menyimpan tiada.
    main main semasa kerja, siap main carom, main catur dan ada main pingpong lagi.
    Mentaliti apa ni, jika GLC dapat bonus, maka staff dapat bonus.
    Lebih baik berenti dan usaha sendiri.
    Tiada siapa meminta anda masuk bekerja ngan kerajaan, tapi bila dah masuk mintanya macam anak emas yang dapat menjana ekonomi negara.
    SEDARLAH STAFF KERAJAAN,

    ReplyDelete
  4. Setiap majikan ada untung ruginya tersendiri.. Saya fikir semua penjawat awam harus menerimanya secara positif. Sebenarnya kalau kita sentiasa hendak membandingkan bonus antara kakitangan kerajaaan dan swasta memang sampai bila pun kita tidak akan puas hati.. Sebab.. bukan semua majikan swasta pun yang dapat bonus berbulan-bulan tu.. Lebih ramai lagi rakyat yang merasakan bajet ini tiada apa-apa pun untuk mereka (mungkin mereka dapat faedah secara tak langsung tetapi mereka tidak sedar).

    Kita buat sahaja perbandingan seperti ini - kalau kerajaan mempunyai bilangan staff yang setara dengan PETRONAS mungkin penjawatan awam boleh dapat bonus 5bulan tadi..

    Sebagai penjawat awam, saya sendiri memanglah mengharapkan bonus yang lebih baik daripada RM500 tu. Tetapi dah itu sahaja yang diberi. Apa yang diberi kita harus bersyukur.. di beri banyak kena bersyukur, sikit kena bersyukur, tak bagi langsung pun kita kena bersyukur ;)

    ReplyDelete
  5. Sememangnya ramai kakitangan awam yg kecewa kerana tiada bonus..

    Jika mereka berpaling tadah, itu hak masing-masing.

    Semoga ada win-win situation dalam hal ini.

    MLY- Tunggu komen Tun DM dalam hal ini.

    ReplyDelete
  6. Maka undilah BN untuk kerajaan yang lebih cemerlang dan tiada bonus...

    Nasib baik aku kerja sendiri...

    ReplyDelete
  7. Apa ingat gaji swasta ni besar sangatke??..Syarikat tutup apa yg kami dpt??macam saya ni,kt raya haritu..syarikat beri notis tutup 24 jam..tanpa pampasan plak tu!!!kelam kabut dibuat nya..mana nak raya lagi...pergi sana sini ngadu masalah!!!..harap union ,mtuc ,lagi takleh harap!!!..cakap putar belit!!India ramai dalam tuh!!!penyudahnya pergi jugak kt jabtn tenaga kerja,,tengoklah macamana..itupun kalau tak ada kalikong...ambik masa lama..tak tau mana nak ngadu lagi!!lihatlah, betapa lemahnya perundangan berkaitan pekerja swasta!!..taukeh boleh relaX...pekerja mampos!!!Beruntunglah siapa yng bekerja ngan kerajaan.... kehidupan terjamin...Insaflah...

    ReplyDelete
  8. Hawaii five-O,

    Pada pendapat saya, kakitngan kerajaan sepatutnya amat2 bersyukur dgn pemberian saguhati sebnyak rm500 itu.. Sektor swasta bukannya semua yg bernasib baik spt yg anda cakapkan..
    Apabila bercakap tentang sektor swasta, jgn hanya mengambil yg besar2 spt Petronas dan Plus shj, cuba lihat sykt2 yg sederhana dan juga yg kecil, ada pekerja yg tidak mendapat bonus langsung..
    Jadi, sebgai seorang Islam, belajarlah bersyukur dan berterima kasih..
    Kalau bercakap pasal staf kerajaan pula, boleh dikatakan gaji staf kerajaan adalah setanding atau lebih besar dari swasta sekarang ini.. Contohnya guru, ahli keluarga saya kebanyakannya adalah guru dan saya tahu tahap gaji yg diterima oleh mereka adalah amat memuaskan (samada anda rajin mengajart ataupun tidak anda tetap akan menerima kenaikan gaji setiap tahun).
    Yang pentingnya staf kerajaan adalah amat terjamin pendapatannya dari sektor swasta..
    Jadi, bersyukurlah, jgn hanya nampak org yang diatas, belajarlah tengok2 org yg dibawah..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perbahasan kalian berhubung topik BONUS. Memang aku dah agak ia akan menjadi topik paling hangat.

    Siapa yang boleh bagi gaji minimum kakitangan kerajaan paling rendah jawatan? Dan senaraikan juga benefit yang disediakan utk kakitangan kerajaan...???

    Dan aku nak tanya berapa gaji paling rendah yang diperoleh kakitangan swasta? (Swasta di sini tidak semestinya syarikat2 gergasi, korporat tetapi juga syarikat2 kecil waima kedai mamak, restoran, warung makan hinggalah pencuci longkang swasta...)

    Tolong berikan dan kita lihat siapa yang paling perlu "dibantu"??

    ReplyDelete
  10. Najib saja nak bagi pengajaran kpd kakitangan kerajaan yang songlap duit rakyat seperti yang dilaporkan Laporan Audit Negara. Dalam laporan tu, komputer riba dan pokok kemboja termahal di dunia rupanya ada di Malaysia. Bayangkan jika tiada penyelewengan seperti itu, berapa duit yang boleh dijimatkan.

    ReplyDelete
  11. Tak perlu komen banyak banyak wahai kakitangan kerajaan. Aku ni pekerja kargo di KLIA. Ni gaji aku

    Gaji aku: RM 600 sebulan
    Elaun Petrol: RM 45
    Kalau ada overtime : RM 300 sebulan

    Sekarang ekonomi meleset. Semua overtime dibekukan.

    Bayangkan lah wahai semua kakitangan kerajaan. Nasib anda lebih baik dari saya.

    Jangan harap lah nak dapat bonus tahun ini. Alasan syarikat,ekonomi meleset.

    Mempunyai pekerjaan dalam keadaan sekarang pun aku dah amat bersyukur.

    Renung renungkan lah.

    ReplyDelete
  12. Petua hidup senang... Kalau bergaji RM1,500 hiduplah dengan cara bergaji RM1,500 dan bukannya RM15,000....!!
    Kalau ikut hati bonus 12 bulan pun tak akan cukup kalau gaya hidup mereka bergaji RM800 macam bergaji RM8,000.... Itu kata kawan aku sekejap tadi..!! Hemmm....

    ReplyDelete
  13. Kakitangan kerajaan sepatutnya bersyukur dengan apa yang mereka dapat. Kalau dulu pendapatan di swasta memang lumayan. Tetapi tidak sekarang. Tahu kah anda berapa ramai pencari kerja yang mengharap tapi tidak dapat bekerja dengan kerajaan? Jawatan kerajaan sekarang ini sememangnya menjadi rebutan kerana ia lebih menjamin kerana stabil. Fikirkanlah berapa ratus ribu yang masih mengintai peluang kerja. Mereka ini mempunyai kelayakan yang diperlukan. Tetapi tiada rezeki.

    Di sektor swasta kini sudahlah nak dapat kerja susah, untuk renungan, seorang lulusan diploma kalau diterima kerja pun gajinya antara RM 850 hingga RM 1200 bersih. Kata majikan anak saya gaji RM 1600 yang beliau harapkan adalah untuk pemegang Ijazah. Tidak ada pula elaun-elaun sepertimana yang dinikmati kakitangan kerajaan.

    Kenaikan gaji tahunan jangan mimpi. Saya sebagai pesara kerajaan peringkat rendah masih rasa bersyukur. Semasa berkhidmat elaun- elaun yang saya terima sahaja sudah mencecah hampir RM 600 belum lagi dicampur gaji? Tiap-tiap tahun pula kenaikan gaji memang tersedia menanti kecuali yang tak buat kerja. Kelayakan cuti pula waktu mula bertugas dah layak dapat 20 hari setahu. Manakala di swasta pula tahun pertama yang layak hanya cuti tanpa gaji. Tahun berikutnya cuti yang layak setakat 1 - 2 minggu.

    Semasa bersara saya menerima wang ganjaran jika tak sebanyak KWSP pun ia tetap menyelesakan. Saya juga menerima pencen RM 720 (pencen minima) disamping rawatan percuma di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan.

    Pengalaman menunjukan untuk menamatkan khidmat seorang kakitangan kerajaan sukarnya mengalahkan "nak menggulingkan seorang pemimpin diktator".

    Anda-anda sebenarnya telah menerima lebih dari yang patut apatah lagi dengan input kerja tak seberapa yang (sesetengah daripada) anda berikan.

    Bersyukurlah dengan apa yang anda terima. Nasib anda lebih baik daripada apa yang pekerja swasta terima, lebih-lebih lagi mereka yang masih mengangur tetapi telah mula dikejar oleh PTPTN.

    ReplyDelete
  14. pelarasan gaji pun tak adil bro.boleh ker org yang ada ijazah,master dan phd leh dpt gaji lebih rendah daripada org yg da diploma..kira logik..timbalan pengarah punya gaji lebih besat dari pengarah.jadi camana....huhuhuhuhu...naya ler..camana ler diorang nie buat dasar..tak ada otak ker nak fikir sesuatu dasar sebelum buat.takkan benda macam nie leh terlepas pandang.jgn dok mengapu ajer.buat ler kerja..payah jika kroni byk sgt.yg leh buat keje tak per.nie yang masuk guna KABEL BAWAH TANAH.huhuhuhuuh....pa pun tq najib.dapat gak rm500.cuma nak tlg pelarasan gaji tue kasi baiki ler balik..jika baik tak payah sambung belajar.baik dok takat tue ajer..ok..

    ReplyDelete
  15. Sdr Mat Nor Fadhlan: Apakah itu pengalaman peribadi atau saudara terdekat atau hanya dengar2 cakap org? Kalau gaji Timb. Pengarah lebih besar dr Pengarah wah ada tak kena tu. Betul2 punya kes ke?? Patutnya kes ni dibawa ke pihak KSU/KSN bukannya mengadu kat blog aku...! Ni masalahnya org kita. Nampak bangunan terbakar ditelefonnya media spy masuk surat khabar. Patutnya telefonlah bomba spy api dapat dipadamkan...

    ReplyDelete
  16. Sebenarnya kakitangan awam ni gaya saja lebih.simpanan boleh kira sangat siapa yang betul-betul taat.Bercambah hutang bank,pakai orang gaji,tukar kereta kerana nak senang pergi kerja.Pendapatan tak boleh sorok.Semua ujung jari LHDN.Kalau di pejabat,penderma mana yang tak pernah sampai.Bagi sikit dikata kedekut.Nak bagi banyak,iitu ja yang ada.Yang mertua ada 10 relong sawah pun dok ingat menantu duit banyak,kakitangan kerajaan.Hari itu,dapat Rm250.00 riuh sekampung.
    Abis kerana malu alah.Ni Bajet 2010
    jangan dapat 0 jugak ujung tahun ni.

    ReplyDelete
  17. tok najib bersedialah untuk mengalami kekalahan penggal depan. percaye atau tidak, anda sekarang sedang bermain dengan api apabila tidak memberi bonus kepada kakitangan awam. cuba lihat macamane pak lah dicemuh masyarakat apabila beliau tidak memberi bonus. cuba anda berfikir kembali daripada mana undi bagi pihak kerajaan datang kalau bukan kerana kakitangan awam yang taat bernaung dibawah kerajaan dan lihat apa tok najib beri sebagai penghargaan hanya kata-kata dusta tanpa sedikit pun bantuan. lagi sekali saya menegaskan bahawa dengan tiada pemberian bonus kapeda kakitangan awam bermakna pihak kerajaan cuba menurangkan pengundi. cuba difikir kembali mengapa harus diundi barisan nasional kalau mereka tidak menolong bahkan hanya pandai bermadah dusta. sedarlah....bersedia untuk mengubah tampok pemerintahan negara MALAYSIA. ini bukan penyataan membantah kerajaan tapi luahan perasan golongan teraniaya...wassalam

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.

    Saya ni salah sorang kakitangan kerajaan sejak 2005 dalam kumpulan sokongan. Bagi sayala kan, kalau diikutkan syarikat2 swasta, "BONUS" dalam erti kata sebenarnya merupakan perolehan dan keuntungan yang kerajaan dapat, yang mana itu adalah HAK kakitangannya yang setiap tahun bekerja keras untuk kerajaan. Apa gunanya "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" jika tidak dihargai pengorbanan pekerja2 negara tu sendiri.

    Saya bersyukur dapat duit raya yang mana dikatakan sendiri oleh PM, kalau tak silap la, sebagai "SAGUHATI", bukannya "BONUS". Tapi sekarang boleh tukar pulak jadik "BONUS".

    Memang diakui betulnya kata2 PM, "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan". Tapi, kakitangan kerajaan umpama bukan rakyat, oleh kerana tiada insentif diberi atas kerja2 yang telah dilaksanakan mereka sepanjang tahun ini. Kalau diikutkan logik, manala nak cukup RM500 tu, lebih2 lagi dibayar 2 kali. Nak bantu belanja anak seorang pun rasanya masih tak cukup tu. Lagila kalau yang ada anak ramai dan masih bersekolah.

    Mohon maaf jika luahan ini mungkin agak keterlaluan, mungkinla. Cuma nak luahkan rasa kecewa bilamana terasa agak tidak dihargai khidmat bakti selama ini.

    Harap2 PM mempertimbangkan harapan setiap "pekerja2nya" terutama kumpulan sokongan. Mungkin tidak menghairankan Pilihanraya akan datang umpama pilihanraya dalam masa Pak Lah dulu. Kan ke Pak Lah tak bagi bonos jugak kan. Fikir2kanlah. Tapi saya tetap sokong kerajaan tau. Heheh.

    "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA", BAGILA HAK KAKITANGAN KERAJAAN "BONUS".

    ReplyDelete
  19. bukan nak kata apa la kan.. kalau anda staf swasta yang masih bekerja, anda akan tahu betapa gentingnya kedudukan anda sekarang. dan anda akan mencemburui kakitangan sokongan kerajaan kerana kestabilan pekerjaan mereka.

    Pilihlah, nak pening kepala memikirkan samada esok boleh kerja lagi; atau nak sakit mengenangkan bonus yang cuma RM500.

    Biar sedikit, dari tak ada apa-apa.

    Haritu, Pak Lah naikkan elaun kakitangan melambung-lambung (lebih kurang 40%?), teruk jugak result pilihanraya. Dato' Najib tak usahlah takut, asalkan perut rakyat dibela dengan baik (dan bijak juga), dapatlah undi tu nanti.

    Kalau dinaikkan gaji kakitangan kerajaan, nanti pemborong dan pekedai sibuk pulak menaikkan harga barang.
    Akhirnya, kuasa membeli makin kurang dan inflasi makin teruk.
    Yang penting, kakitangan kerajaan mesti tanya diri sendiri - "Apa yang telah aku sumbangkan kepada majikan aku (kerajaan Malaysia)?"

    ReplyDelete
  20. madnajib, mohon maaf tetapi konsep anda tidak tepat.
    GAJI dan cuti adalah hak kakitangan.
    BONUS dan ELAUN adalah HAK majikan (at employer's discretion).
    Bukan semua keuntungan syarikat (kalau ada la, kan..) mesti dibayar semula sebagai bonus.
    Ada yang mesti disimpan untuk kegunaan pada masa hadapan.

    Saya sangat bersetuju dengan anon 24/10/09 07:20. Rata-rata kakitangan sokongan ni memanglah gaji mereka kecil, tapi tahap pemalasnya, ya Rabbi.. punya laa besar!
    Of course, bukan semua yang pemalas. Ada juga beberapa kerat yang rajin dan efisien.
    Tapi berdasarkan pengalaman saya dalam perkhidmatan kerajaan, lebih 80% daripada mereka ni produktivitinya RENDAH! Lepas tu nak demand bonus lah, gaji lebih lah. Mengada-ngada.

    Meh saya tambah sikit contoh-contoh kegiatan kakitangan sokongan ni selain daripada "main main semasa kerja, siap main carom, main catur dan ada main pingpong...".

    Contoh terkini di alaf internet: Surf Facebook, friendster, youtube dan news portal parti pembangkang dengan menggunakan desktop hakmilik kerajaan Malaysia, dalam waktu pejabat.

    Memanglah undi tu hak masing-masing.
    Diorang nak sokong sapa pun, apa kerajaan boleh buat?
    Setakat ni takde pun kerajaan ambik tindakan kpd kakitangan yang menyokong pembangkang, selagi tiada aduan tentang kesalahan semasa waktu kerja.
    Ramai antara mereka yang menyokong pembangkang dah beberapa kali naik pangkat (kerja macam taik jugak!).
    Tetapi, menggunakan peralatan kerajaan untuk aktiviti peribadi dan parti yang disokong merupakan satu kesalahan(boleh check surat pekeliling).

    Jadi, layakkah golongan ini menerima saguhati/bonus?

    ReplyDelete
  21. Salam.. Mohon bersuara..
    Ternyata ramai penjawat awam berasa terkilan dengan situasi ini.Namun, terkilan bukanlah bererti kami tidak mensyukuri nikmat Allah di atas pemberian RM 500 oleh pihak kerajaan. Saya melihat ini adalah situasi yang normal dan tidak patut dimanipulasi oleh sesetengah pihak untuk melaga-lagakan antara penjawat awam dan pihak kerajaan.Mahu tidak mahu, itulah realiti yang harus kita tempuhi.Saya juga berasa kurang senang jika dilabel sebagai orang yang tidak pandai mensyukuri nikmat Allah.Ironinya, kami juga berhak menyuarakan keluhan kami.CUEPACS adalah saluran kami.Tidak seperti pekerja swasta lain yang mempunyai persatuan pekerja sendiri yang mungkin juga menyuarakan pelbagai protes mereka terhadap majikan.Cuma bagi penjawat awam, apabila CUEPACS bersuara maka “1 Malaya” akan tahu kerana isu kami dibawa terus ke arus media-media utama negara kita.Namun tidak dapat dinafikan juga, ada di antara kami menyuarakannya dalam bahasa yang kurang menyenangkan sesetengah pihak.
    (Betulkan saya jika salah)
    Belanjawan Negara dari tahun 2000 hingga 2009 telah membentangkan pemberian bonus kepada penjawat awam sama ada dari setengah bulan atau satu bulan gaji setiap tahun dimana bonus minimum ditetapkan dari RM1000 ke RM1500.Cuma pada tahun 2001 dan 2008 bonus tidak diumumkan tetapi digantikan dengan kenaikan gaji pokok ataupun penambahan elaun sara hidup bagi tahun berkenaan.Berdasarkan statistik ringkas ini, maka tidak salah penjawat awam mengharapkan sedikit habuan bonus pada belanjawan 2010.
    Pada pendapat saya Belanjawan 2010 masih lagi tepat dengan temanya “1 Malaysia Kemakmuran Bersama”.Keluhan kami mengenai bonus hanya satu suara kecil jauh dari hati tulus kami.Kami, penjawat awam masih lagi mampu berfikir secara rasional, dan tidak pula sesekali memikirkan untuk berpaling tadah dari terus menterjemahkan dasar-dasar kerajaan.Tidak keterlaluan saya nyatakan jika perkara seperti ini berlaku kepada pekerja swasta, keesokkan harinya ada di antara mereka akan sibuk membelek akhbar mencari pekerjaan baru untuk mereka.Itulah uniknya kami.Dengan semangat juang dan iltizam yang kukuh kami tidak mudah goyah dengan dugaan seperti ini.
    Kepada semua penjawat awam suka saya bawa petikan Belanjawan 2001 yang disampaikan oleh Tun Daim Zainuddin pada 27 oktober 2000 yang ketika itu memegang portfolio Menteri Kewangan.Petikan ucapannya berbunyi “Marilah kita sama-sama mengambil iktibar daripada kisah kaum Saba’ mengenai nikmat Allah Subhanahu Wa Taala seperti difirmankan dalam ayat 15 Surah Saba’ yang bermaksud:“Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlahkepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!”.
    By the way you all guys can leave a brilliant comment in my blog http://ezzumar.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. aku nak sound sikit. kakitangan kerajaan yang keje cam cibai memang ada. tapi tak semua la woi. tengok jabatan la woi. staff swasta pun sama cibai jugak. ramai yang keje sambil lewa jer. bank, insuran, layan customer bukan bagus sangat.tu contoh yang biasa ler.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.