LGE kena sunat dan masuk Islam kalau nak jadi PM

Lim Guan Eng kena potong dia punya burung dan masuk Islam kalau dia nak jadi Perdana Menteri. Hemm... Itu bukan aku kata, tapi Nik Aziz yang kata. Ikut Mursyidul Am Pas itu, dia tak kisah kalau PM seorang bukan Melayu asalkan beragam Islam.

Jadi kalau Karpal Singh nak sangat Guan Eng jadi PM, Ketua Menteri Pulau Pinang itu kenalah masuk Islam dahulu yang antara syaratnya kena bersunat. Mmmm... Tak taulah kalau Guan Eng sudah potong sebab nak bersiap sedia untuk diangkat jadi PM. Maklum nak harap Anwar memang tak boleh harap dan tak guna satu sen pun.

Perkasa jangan duk sibuk-sibuk cabar Nik Aziz suruh letak jawatan dan bagi jawatan MB Kelantan tu kat mualaf sebab Nik Aziz tak sebut pun pasal jawatan MB. Dia sebut pasal jawatan PM. PM dengan MB lain lainlah Pak Yim ooihhh...! Hee...

Lagi pun Nik Aziz dah cop bahawa hanya dia yang layak jadi MB Kelantan. Tak ada orang lain dah melainkan kalau dia sudah meninggal dunia. Lepas tu bolehlah siapa-siapa nak ambik jawatannya tu. Lagi pun Nik Aziz baru 20 tahun jadi MB, belum 50 tahun lagi. Kasi chance laa Nik Aziz mati dengan jawatan MB agar sejarah negara bakal tercatat bahawa Nik Aziz jadi MB paling lama di Malaysia dan sehingga akhir hayat dia jadi MB. Lu apa hal Tok Yim....!!

Balik pasal Guan Eng nak ditabal jadi PM ni oleh Karpal Singh ni, apa pulak perasaan Anwar ya? Maklum selama ini dia dah pukul canang satu dunia bahawa dialah akan jadi PM Malaysia yang ketujuh, bukannya Guan Eng. Heee... Macam aku cakap sebelum ini, memanglah kalau pembangkang menang PRU-13, Anwar akan ditabal jadi PM dan Guan Eng jadi TPM.

Tapi selepas tu, Karpal Singh akan bukan fail-fail kes liwatnya semula dan pukul canang bahawa Anwar tak layak jadi PM. Anwar dijatuhkan dengan cara yang sangat tidak terhormat dan kemudian mereka angkat Guan Eng jadi PM.

Masa tu orang Pas hanya meraung sebab tengok Hadi Awang duk gigit jari. Jangan tanya aku apa nasib Melayu pada masa itu, sebab memang aku ngeri nak fikirkan....

Catat Komen

0 Ulasan