Mekanisme elak kenaikan harga minyak terus membebankan rakyat


Minyak naik lagi minggu ni. Dah berapa kali dah harga minyak naik. Kalau sekali dua naik boleh laa nak cover atau spin lagi macam mana nak elak rakyat marah. Tapi kalau asyik naik melebihi jumlah harga turun, aku rasa pemakan-pemakan dedak pun dah hilang modal nak cover gomen.

Alasan salahkan Rafizi sebab cadangkan penetapan harga minyak mingguan pun tak boleh juga. Rakyat boleh jawab, dah tau Rafizi tu bodoh yang pi ikut nasihat dia apa pasal?

Betul harga minyak dunia naik mendadak ekoran krisis dalam pemerintahan Arab Saudi dan kita sekarang apungkan harga minyak bagi mengurangkan subsidi kerajaan dan untuk penyaluran subsidi lebih baik kepada kumpulan sasar. Tetapi kalau 10 kali naik, 2 kali turun aku rasa dah semakin tersasar dah ni.

Dah buat keputusan apungkan harga minyak berdasarkan mingguan, kerajaan sepatutnya fikirkanlah beban yang akan ditanggung jika harga minyak terus menerus naik setiap minggu. Yelah, tak banyak 2-3 sen saja perliter/perminggu tapi kalau 10 kali naik dengan 2-3 sen, dah jadi 20-30 sen.

Sekarang ini rakyat semakin marah sebab harga minyak terus naik. Ramai yang mengeluh. Dan kerajaan sendiri tidak pernah beri jaminan bahawa harga minyak akan turun dalam tempoh terdekat, atau sekurang-kurangnya jaminan bahawa tiada lagi kenaikan dalam tempoh tertentu. Semuanya main jalan saja.

Rakyat tunggu pengumuman harga minyak setiap minggu macam tunggu keputusan nombor ekor atau toto. Harga turun semua pakai meloncat kegirangan, bila naik semua monyok macam ayam berak kapur.

Sampai bila keadaan seperti ini akan berlaku?

Aku harap Menteri KPDNKK atau lebih kuat lagi Najib sendiri dapat berikan satu jaminan tentang kedudukan harga minyak bagi mengelak ia terus terbeban oleh rakyat. Tak boleh kata, alaa naik 2-3 sen jeh sebab bagi golongan berpendapatan kecil terutama kumpulan miskin bandar, setiap sen itu amat besar bagi mereka.

1. TETAPKAN HARGA SILING, TAMBAH SUBSIDI JIKA HARGA LEPASI SILING

Kerajaan kena tetapkan satu kadar siling misalnya apabila minyak mencecah satu tahap RM2.50 sen, maka jika berlaku lagi kenaikan lagi, kerajaan akan lebihkan pemberian subsidi bagi mengelak harga terus naik. Jika harga sudah stabil maka harga minyak diapungkan kembali.

Alaa macam harga ayamlah... ada harga siling tertentu. Bila harga dah capai siling, tak boleh naik lagi waima berlakunya Perang Dunia Ketiga sekali pun harga maksimum minyak setakat itu saja. Sebab, lebih tinggi harga minyak nantinya menambah beban kepada rakyat dan harga barang lain turut meningkat.

2. BENARKAN SYARIKAT MINYAK TETAPKAN HARGA SENDIRI

Kaedah kedua ialah membenarkan pengeluar minyak sendiri menetapkan harga minyak mereka. Biar mereka bersaing dalam menetapkan harga minyak. Tengok syarikat minyak mana yang mampu beri harga paling murah.

Kita nak tengok juga kalau betul Petron boleh bagi harga lebih murah daripada Petronas, BHP, Caltex, Shell atau lain-lain pengeluar, bukankah dengan kaedah ini akhirnya menguntungkan pengguna dan pengeluar sendiri.

Apapun kaedahnya, kerajaan perlu bertindak segera untuk mengekang kenaikan harga minyak secara berterusan. Bukan hanya berserah 100 peratus kepada harga pasaran minyak dunia.

Kita tak boleh biarkan keadaan ini berlarutan sebab akhirnya rakyat semakin benci dengan kerajaan dan akhirnya mereka buat keputusan untuk mengganti kerajaan sedia ada dengan kerajaan baru. Masa tu baru meraung merayu kepada rakyat pun tak guna dah.


Catat Komen

0 Ulasan