Apa bezanya 12/08 dan 03/09?

AGM postponed, PM may quit in March (Sep 26, 08 12:17pm)The Umno supreme council dealt a blow to Abdullah Ahmad Badawi by putting off party polls and its annual general meeting to March next year in the bid to force the party leader to hand over power to his deputy. - Malaysiakini.com

Aku tidak pasti sama ada berita terkini yang terbit sejurus selepas mesyuarat khas MT UMNO hari ini adalah khabar gembira atau sebaliknya. Ya... MT putuskan PAU ditangguhkah ke Mac 2009 (03/09) tetapi mesyuarat bahagian berjalan ikut jadual. Alasannya supaya proses peralihan kuasa antara Pak Lah dan Najib berjalan lancar.

Tetapi aku pasti sebahagian daripada pemimpin dan ahli UMNO khususnya di peringkat bahagian menganggap berita ini sebagai khabar gembira kerana proses pemilihan di peringkat bahagian berjalan seperti dijadualkan. Jadi segala perancangan sebelum ini dapat diteruskan. Tetapi ada juga yang sebaliknya.

Dengan penangguhan PAU ini, aku sendiri sukar menterjemahkan apakah perbezaan PAU dibuat Disember ini (12/08) dengan dilaksanakan pada 03/09. Tetapi kalau mengikut alasan "bagi melancarkan proses peralihan kuasa", apakah bermakna Pak Lah memberi masa tambahan kepada Najib untuk mendalami ilmu mentadbir negara sebagai PM?

Ini bermakna juga Pak Lah sudah semakin bersedia untuk melepaskan jawatannya lebih awal berbanding Jun 2010 seperti yang dicadangkan sebelum ini, selepas diasak oleh pelbagai pihak yang menuntut peralihan kuasa dipercepatkan termasuk dari kalangan ahli MT sendiri.

Tetapi apa bezanya melepaskan jawatannya (tidak bertanding) pada PAU 12/08 dengan 03/09? Apakah yang dimaksudkan melancarkan proses peralihan kuasa? Apakah bermakna jika Pak Lah berundur pada 12/08 maka peralihan kuasa tidak lancar. Bermakna Najib akan dicabar untuk kerusi Presiden dan jika silap langkah orang yang dinamakan beliau gagal menjadi Presiden UMNO (sekaligus PM)? Dan apakah jika PAU diadakan pada 03/09, maka Najib tidak akan dicabar?

Persoalan2 ini sudah pasti bermain dibenak ramai kalangan ahli dan pemimpin UMNO serta rakyat jelata.

Bagi aku jika benar Pak Lah ikhlas mahu berundur dan melepaskan jawatan beliau kepada Najib, laksanakanlah dengan secepat mungkin. Tak perlu memberi masa tambahan selama tiga bulan kerana ia tidak memberi apa2 makna.

Ini kerana semakin lama Pak Lah berada dikerusi Presiden & PM, kebimbangan rakyat terus membara, bimbang perkara2 yang diluar jangkaan boleh berlaku. Bimbang harga minyak dinaikkan semul, bimbang ekonomi makin memburuk, bimbang fiil Anwar semakin tidak terkawal, bimbang parti2 komponen semakin berani ugut mengugut dan seribu kebimbangan lagi. Dan kebimbangan-kebimbangan rakyat ini hanya akan reda jika Pak Lah berundur.

Dan jika ditanyakan bilakah tempoh yang sesuai bagi Pak Lah berundur, jawapan aku ialah... SECEPAT MUNGKIN!!

Post a Comment

3 Comments

  1. Bahagian perlu memberikan desakan agar PAU Disember 2008 diteruskan seperti asal yang dijadualkan...

    ReplyDelete
  2. aku pun fikir macam tuh. Tapi ada ke bahagian yang sanggup melawan arus?

    ReplyDelete
  3. Sama-sama kita tengok samada Bahagian mendesak PAU diteruskan ikut jadual asal.

    Tapi yang pastinya 3 Bahagian telah mencalonkan Najib sbg No 1 dan Muhyidin sbg No 2. Dan dikatakan pecalonan ini dibuat berdasarkan desakan peringat Cawangan. Bahagian dikatakan mendapat maklum balas setiap cawangan untuk pencalonan No 1 & 2.

    Kalau beginilah keadaannya...sangat sihat dan baik. Cuma saya risau Bahagain membuat pencalonan berdasarkan Ketua Bahagian...bukannya dari pandangan setiap Cawangan dalam Bahagian.

    Harap mesyuarat Bahagian dapat bersikap lebih terbuka dengan mengambil pandangan setiap Cawangan.

    Harapan saya:
    1. Cawangan mendesak Bahagian agar mesyuarat PAU diadakan seperti dijadualkan.
    2. Tidak mencalonkan Dato' Seri Abdullah sbg Presiden agar tiada lagi alasan untuk beliau tidak berundur.

    Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.