Malaysia dalam bahaya jika isu jawi, komunis gagal diredam

Tragedi 13 Mei berlaku akibat orang Cina yang naik tocang selepas mereka meresakan mereka sudah kuat. - Gambar hiasan
Nampaknya bantahan terhadap pembelajaran tulisan jawi semakin tidak terbendung. Dong Zong terus menerus menjadikan isu jawi satu polemik besar hanya kerana anak-anak mereka diminta belajar tiga muka surat secara sukarela tulisan jawi yang jumlahnya tak sampai 10 patah perkataan.

Satu perhimpunan besar-besaran bagi membantah pelaksanaan tulisan jawi di sekolah jenis kebangsaan katanya akan dibuat. Alasan yang diberikan kerana takut jawi dijadikan agenda tersembunyi untuk menyebarkan Islam dalam kalangan anak-anak mereka sungguh dangkal dan tidak masuk akal.

Sedangkan pada masa yang sama ada kumpulan lain semakin galak mempromosi dan mengangkat komunis sebagai pejuang negara dan usaha-usaha untuk menulis semula sejarah agar komunis diiktiraf di negara ini. Perhimpunan memperingati komunis, pertubuhan yang sudah diharamkan bertapak kembali dengan sokongan parti politik yang ada dalam kerajaan.

Dua isu besar ini nampaknya gagal dibendung dan dihalang oleh kerajaan khususnya Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri. Malah Dong Zong langsung tidak peduli dengan arahan PM agar tidak mengadakan bantahan terhadap isu jawi, pada masa yang sama kegiatan-kegiatan mendukung komunis dibiarkan seolah-olah direstui oleh kerajaan hari ini.

Sebaliknya Mahathir lebih galak untuk melihat Najib Razak yang kini sudah tidak mempunyai apa-apa kuasa selepas BN tumbang, untuk merengkok di dalam penjara, jika gagal melalui kes 1MDB yang sedang dibicarakan, dicuba pula dengan kes pembunuhan Altantunya.

Tolonglah wahai  Mahathir, bahawa negara kini berada di hujung tanduk. Bukan sahaja dalam isu ekonomi yang begitu membebankan rakyat sehinggakan ribuan pekerja sudah diberhentikan malahan harga-harga barang yang dijanjikan akan turun jika Najib turun tetap sahaja terus mencangak.

Lebih parah dan membimbangkan jika isu penolakan tulisan jawi dan usaha menghidupkan semula komunis gagal dibendung akan memercikkan api perbalahan antara kaum lantaran kedegilan kaum lain untuk menghormati Perlembagaan negara.

Aku bimbang orang Melayu akan bangun dan melawan usaha-usaha pihak bukan Melayu yang cuba memperbesarkan isu jawi dengan dikaitkan dengan agama Islam dan serta cubaan menghidupkan semula komunis. Bimbang tragedi 13 Mei berulang, walaupun aku sendiri tidak mahu peristiwa begitu berlaku. Minta dijauhkan sama sekali.

Akan tetapi melihat kepada lemahnya kerajaan hari ini yang bukan sahaja tunduk kepada desakan demi desakan bukan Melayu dan gagal bertegas dalam soal komunis, nescaya api perbalahan kaum boleh tercetus bila-bila masa. Mujur kumpulan pendesak Melayu seperti Perkasa sudah tidak selantang dahulu dan mujur juga UMNO masih lagi dibuai mimpi berada di zaman mereka menjadi kerajaan dahulu, sehinggakan mereka tidak mengambil kisah semua itu.

Justeru, dalam keadaan sekarang PM perlu segera campur tangan dan bertindak tegas bagi mengelak sebarang tragedi buruk berlaku. Bukan aku nak mengugut tetapi inilah kenyataannya. Jangan fikir orang Melayu hanya berdiam tanpa berbuat apa-apa. Mereka sedang memerhati apa yang berlaku sekarang dan menunggu masa dan hari sahaja untuk bertindak.

Aku bukan sayangkan kerajaan sekarang, bukan juga sayangkan mana-mana parti politik waima pembangkang. Tapi aku sayang andai negara ini hancur angkara perbalahan kaum, runtuh kerana pengurusan ekonomi yang buruk yang akhirnya memberi kesan kepada anak cucu aku.

Kita baru merdeka 60 tahun beb, bukan 600 tahun. Pelihara dan jagalah negara kita baik-baik. Ini sahajalah tanah tumpah darah kita!

Post a Comment

0 Comments