Telegram tempat sebar pornografi... Mana MCMC?

Aplikasi Telegram tempat sebar pornografi.
Heboh sekejap pasal iklan billboard tentang perniagaan sugardaddy di Kuala Lumpur baru-baru ini. Rupanya aktiviti sugardaddy boleh menjadi satu perniagaan yang besar dan menguntungkan. Kalau tak untung besar masakan taukenya boleh pasang iklan besar-besar kat tengah bandar raya.

Paling best jawapan yang diberikan oleh pengasasnya yang katanya apa salahnya dia menyediakan perkhidmatan untuk wanita-wanita yang memerlukan wang dan lelaki. Bukankah itu menaikkan martabat seorang wanita. Dushh.... wahai wanita di luar sana, setuju ke bahawa martabat wanita akan meningkat apabila menjadi wanita simpanan lelaki tua yang berduit dan kesepian?

Itu perkhidmatan bagi mereka yang berduit, boleh booking wanita-wanita "bermartabat" untuk ditiduri dengan upah yang aku rasa begitu lumayan.

Ini pula perihal mereka yang bajet kecil tapi masih mahu menggatal, termasuk mereka yang masih berstatus pelajar waima remaja sekali pun. Modalnya hanya sebuah telefon bimbit dan aplikasi Telegram. Murah kan?

Kenapa tu?

Sejak ada ura-ura WhatsApp akan perkenalkan iklan menerusi aplikasi sembang paling popular di Malaysia itu mulai 2020, ramai yang berhasrat untuk berpindah kepada Telegram. Katanya lebih senang berbanding WhatsApp.

Tapi ramai yang tak tahu kalau aplikasi Telegram ini lebih bahaya daripada WhatsApp atau lain-lain aplikasi media sosial terkenal kerana di sini setiap pengguna boleh mencipta kumpulan tertentu, termasuk kumpulan perkongsian bahan-bahan lucah, pornografi dan mempromosi diri untuk ditiduri.

Search People Nearby jumpa group Telegram seperti ini...
Caranya mudah, hanya buka People Nearby maka terpampanglah kumpulan-kumpulan yang ada di sekitar anda dan jangan terkejut jika ada kumpulan-kumpulan Telegram yang mengajak "noty-noty", kongsi video lucah, atau tempat "ayam-ayam" mencari pelanggan.

Cuma tekan butang Join dan anda dah boleh ikut sama dalam grup tersebut. Mudah bukan? Tapisan? Tiada... tapislah sendiri.

Bayangkan kalau aplikasi ini  ada dalam telefon anak-anak remaja kita ditambah pula aplikasi Telegram ini boleh dikunci dengan kata laluan, dan siap dengan Secret Chat huuuiii macam mana mak bapak nak pantau tu?

Jadi aku rasa kalau iklan sugardaddy tu bukanlah satu masalah yang besar berbanding aplikasi Telegram yang tiada tapisan dan menjadi pusat penyebaran pornografi secara berleluasa. Dalam hal ini aku harap pihak Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi (MCMC) memantau perkara serius ini bagi mengelak anak cucu kita terus rosak dari segi moral dan fikiran mereka.

Tapi, jangan pula nanti ada pak menteri marah aku sebab tolong bagi promosi percuma kumpulan-kumpulan Telegram lucah ni ya? Lagipun takkan kerajaan Malaysia Baru ni nak bina generasi masa depan yang tak bermoral, bebas lepas tanpa kawalan dan lakukan perkara yang mereka suka sesuka hati. Tak mau kan?

So, MCMC kenalah bertindak segera!!



Baca juga pendedahan oleh Today Online di sini!


Psss... Betul ke Ahmad Idham diarah bercuti sbg KP FINAS hanya kerana mencadangkan agar kandungan Netflix ditapis? 

Catat Komen

0 Ulasan