E-Tunai Rakyat: Orang kampung berputih 'mato'

Untunglah dapat RM30, zaman BN dulu Najib cuma bagi RM1,500 sahaja. 
Kesian bonar aku tengok orang kampung menunggu bantuan kerajaan PH tahun ini. Dahlah bantuan diberikan hanya RM30 secara one off, bayar pulak melalui e-dompet, maknanya kena install aplikasi e-wallet baru boleh guna duit tu.

Untuk orang kat bandar dan guna telefon android atau iphone bolehlah download dan install E-Wallet TnG, Grab Pay dan Boost, habis tu makcik pakcik kat kampung nun di Hulu Tembeling, di ceruk Felda atau nelayan di Tanjung Dawai sana mana laa guna telefon yang boleh support aplikasi semua tu. Nak makan pun tak cukup inikan pula nak kena beli telefon canggih.

Dah lah tu, kalau boleh download dan install e-wallet pun, kat mana mereka nak berbelanja RM30 tu. Ada ke kedai runcit kat Pengkalan Hulu sana yang pakai e-wallet, atau beli ikan kata Pasar Selayang pakai e-wallet jugak ke?

Nampaknya bayaran e-Tunai Rakyat yang dibanggakan oleh Lim Guan Eng, sebenarnya bukan bantuan untuk rakyat tetapi untuk syarikat-syarikat penyedia e-wallet baik Touch n Go, Boost mahu pun Grab.

Yelah kalau bajet kerajaan sebanyak RM450 juta maknanya setiap syarikat terbabit diberikan RM150 juta untuk disalur kepada rakyat. Malangnya tidak semua rakyat yang layak menerimanya boleh dapat bantuan ini kerana tiada kemudahan.

Ini bermakna ada banyak wang e-Tunai Rakyat yang tidak dituntut, lalu ke manakah wang lebihan itu disalurkan? Apakah dikembalikan kepada kerajaan atau akan menjadi hak milik syarikat penyedia aplikasi berkaitan sebagai komisyen?

Inilah yang perlu Menteri Kewangan jelaskan. Tambahan pula ramai juga kawan-kawan aku yang mengembalikan semula sumbangan itu kepada kerajaan supaya dapat diberikan kepada para nelayan dan petani yang memerlukan.

Namun persoalannya apakah wang-wang tersebut akan disalurkan kepada mereka yang berkenaan?

Dari segala kelemahan ini aku simpulkan bahawa sistem pemberian e-Tunai Rakyat ini hanya menguntungkan syarikat terbabit, rakyat yang berada di bandar dan juga mereka yang berpendapatan sederhana ke atas. Pendek kata hanya syok sendiri.

Manakala orang kampung macam makcik dan pakcik aku di Kuala Lipis sana, orang tua yang buta gajet dan tidak memilik telefon  mudah alih canggih hanya berputih mata sahajalah.

Kesian sungguh rakyat, ingatkan bila tolak kerajaan yang beri BR1M sehingga RM1,500 ini dapatlah kerajaan baru beri bantuan sehingga RM3,000 rupanya hanya RM30 sahaja, itu dalam bentuk elektronik, bukan wang kertas.

Tak apalah, bak kata orang tua-tua sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. PRU-15 nanti kekalkan lagi PH sebagai kerajaan ya?

Catat Komen

0 Ulasan