Kenyataan Guan Eng bahaya, kenapa tiada tindakan?


Aku pelik dengan kerajaan hari ini apabila menteri sebebas-bebasnya membuat tuduhan yang boleh menjejaskan hubungan kaum dan agama tetapi apabila seorang wartawan meluahkan kegusarannya, seperti juga kebanyakan rakyat lain, mereka ditahan dan didakwa.

Masa jadi pembangkang, puak-puak ini hari-hari bertempik menuntut kebebasan bersuara, kebebasan media dan menarik balik Akta Anti-Berita Tidak Benar, tapi ternyata apa yang mereka tempik hanyalah kebebasan bersuara untuk mereka, bukan rakyat marhain.

Kenyataan Lim Guan Eng yang mendakwa negara akan mengalami zaman gelap jika pemerintahan diserahkan kepada kerajaan yang didominasi oleh orang Islam satu fitnah, tuduhan yang berat yang boleh menimbulkan keresahan kepada rakyat. (Baca di sini)

Beliau juga mendakwa kerajaan yang dikuasai orang Melayu memberi layanan tidak adil kepada kaum bukan Melayu dengan membangkitkan soal pemotongan peruntukan sekolah vernakuler dan isu boikot barangan bukan muslim.

Sebelum ini seorang lagi menteri tanpa rasa bersalah menuduh pemerintahan BN yang diketuai oleh UMNO sebagai kerajaan yang bertindak kejam terhadap kaum India, termasuk menuduh berlaku penghapusan etnik India di Malaysia.

Ekoran kenyataan demi kenyataan seperti itu, sehingga berlaku rusuhan di sebuah kuil di Subang Jaya menyebabkan seorang anggota bomba, Mohamad Adib meninggal dunia yang kemudian disahkan akibat dipukul semasa rusuhan itu.

Malangnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menterinya seorang Melayu, bekas Timbalan Perdana Menteri semasa dalam UMNO/BN dan sebelum ini begitu lantang menentang DAP, kini lesu dan sepi tanpa suara, seolah-olah mulut sudah dibungkam.

Baca juga: Muhyiddin mimpi di siang hari, Pakatan tak mungkin jadi BN

Jelas pemimpin yang kononnya akan memastikan parti gabungannya berperanan seperti BN ternyata sembang kencang. Realitinya Bersatu tidak ubah seperti melukut di tepi gantang di dalam kerajaan PH. Suara Bersatu langsung tidak kedengaran ketika satu demi satu isu-isu berkaitan kepentingan agama dan bangsa diusik oleh kalangan pemimpin sekutunya, terutama DAP.

Apakah Bersatu yang dipengerusikan oleh Dr Mahathir merangkap Perdana Menteri dan Presidennya, Muhyiddin Yassin bekas TPM tidak berani untuk menegur Guan Eng mahupun Whytha Moorthy yang terang-terang membuat membuat tuduhan melampau.

Yang peliknya, apabila rakyat mahupun seorang wartawan seperti Ibu Yati bersuara menyatakan kegusaran mereka tentang keadaan negara, nasih dan masa depan mereka, menyentuh sedikit soal bangsa lain langsung sahaja ditangkap dan didakwa konon menabur kebencian dan menyebar berita palsu konon boleh menggugat ketenteraman awam.

Jadi benarlah kata orang, zaman Malaysia baharu ini yang bebas bersuara adalah puak-puak mereka. Boleh sahaja menuduh apa sahaja, kepada sesiapa sahaja tetapi jangan sesekali menyentuh kepentingan mereka, kelak bangunlah para pejuang berbintang tiga menghukum mereka yang tak sehaluan dengannya.

Catat Komen

0 Ulasan