PRU15: Tiada tempat buat Bersatu?


JIKA Parlimen dibubarkan ketika kemelut kerajaan PH yang kini hilang majoriti membentuk kerajaan, parti yang paling sengsara adalah Bersatu. Ini kerana parti itu bakal bersendirian bagi menghadapi PRU15 sepertimana yang dilalui oleh Pas semasa PRU14 lalu.

Aku difahamkan Muafakat Nasional (MN) sudah hampir selesai membahagikan kawasan yang akan ditandingi terutama melibatkan kerusi UMNO dan Pas. Dan jika Bersatu berhasrat menyertai MN akan timbul masalah untuk pembahagian kerusi dan tiada lagi tempat untuk Bersatu bertanding.

Harus diingat Bersatu bertanding dalam PRU14 lalu di bawah Pakatan Harapan (PH) dan bukannya UMNO kemudian melompat dalam Bersatu. Justeru, semua kerusi yang ditandingi oleh Bersatu dalam PRU14 lepas baik yang dimenangi atau sebaliknya, pastinya UMNO atau Pas sudah menetapkan calon yang akan ditandingi. Dan aku percaya Pas apatah lagi UMNO tidak akan sesekali memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di kerusi mereka.

Bersatu juga tidak mungkin akan kembali ke dalam PH bersama DAP, PKR dan Amanah memandangkan parti itu seperti sudah berpatah arang dengan DAP sehingga menyebabkan mereka mengumumkan keluar dari pakatan itu semalam.

Nak tak nak, Bersatu terpaksa bergerak sendiri dan akan menentang calon MN dan PH dalam PRU15, sekali gus menyempitkan peluang mereka untuk menang, apatah lagi untuk menubuhkan kerajaan.

Melainkan Bersatu membubarkan parti itu dan semua ahli mereka kembali ke pangkuan UMNO atau menyertai Pas, namun peluang mereka untuk menjadi calon PRU15 masih terlalu kecil kerana perlu bersaing dengan calon UMNO yang selama ini setia bersama parti dalam susah dah senang.

Tidak mungkin UMNO akan memberi peluang kepada bekas ahli Bersatu untuk menjadi calon PRU15 mewakili UMNO, dan jika ada pun mungkin seorang dua bekas pemimpin mereka. Itu pun jika UMNO berjiwa besar dan melupakan sengketa antara Bersatu dan UMNO sebelum ini.

Kesimpulannya, jika Parlimen dibubarkan dan PRU15 diadakan dalam masa terdekat, ia merupakan tarikh luput bagi Bersatu kerana parti itu jelas tidak mampu bersaing dengan MN yang kini gerak kerja mereka sudah berjalan di peringkat akar umbi, atau berdepan dengan PH di kawasan-kawasan kubu kuat mereka.

Jelas Bersatu akan menjadi mentimun jika PRU15 diadakan. Bergolek kena, digolekkan puna akan kena. - MTBV





Catat Komen

0 Ulasan